‘Address Beach Resort’ – Keajaiban Kolam Renang Tertinggi Dunia Di Dubai );

Type to search

Backpackerz Insider

‘Address Beach Resort’ – Keajaiban Kolam Renang Tertinggi Dunia Di Dubai

Share

Pernahkah anda terfikir bahawa aktiviti renang boleh dilakukan di permukaan udara sambil menikmati pemandangan landskap bangunan pencakar langit?

Di Dubai, tiada apa yang mustahil jika ianya melibatkan soal ketinggian kerana di sini sentiasa menyajikan tarikan pelancongan lain daripada yang lain.

‘Address Beach Resort’ merupakan sebuah kolam renang tertinggi di dunia yang dibina pada sebuah bangunan, yang terletak di atas bumbung berketinggian 293.906-meter bersamaan 1,000 kaki di atas permukaan laut.

Ianya boleh dikira hampir 9/10 setinggi Menara ‘Eiffel Tower’ guys!

kolam

Kolam renang hanya dibuka buat tetamu hotel, berusia 21 tahun ke atas, tetapi anda juga boleh mendapatkan pemandangan di puncak langit dengan menempah meja di restoran berhampiran iaitu, Zeta Seventy Seven yang terletak di tingkat 77 hotel.

Selain memegang rekod Guinness World Record, lokasi eksklusif ini juga menjanjikan satu pengalaman unik yang sukar untuk didapatkan di mana-mana negara lain kerana rekod setinggi ini masih belum boleh dicabar bangunan lain.

Pengunjung di sini bakal menikmati pemandangan kota yang luas termasuklah Burj Al Arab, Palm Jumeirah serta Ferris Wheel Ain Dubai, yang juga merupakan roda feris tertinggi di dunia .

kolam

kolam

Kalau dah namanya Dubai, segalanya mesti yang tertinggi di dunia kan?

Harapan penulis, agar kita semua berpeluang untuk merasai pengalaman berenang di kolam renang ‘Address Beach Resort’ satu hari nanti.

Buat masa sekarang, boleh rancang je dulu dengan geng travel korang!

 

[Sumber]: travelandleisure

 

Baca: [Video] ‘Ain Dubai’ – UAE Umum Pembukaan Ferris Wheel Tertinggi Di Dunia Buat Pelancong

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!