Ahli MyBHA Langkawi Menawarkan Harga Bilik Yang Menarik );

Type to search

Backpackerz Insider

Ahli MyBHA Langkawi Menawarkan Harga Bilik Yang Menarik

Share

Berikutan penamatan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kedah baru ini, seramai 70 ahli kelab Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) akan menawarkan pelancong yang datang ke Langkawi dengan tawaran harga bilik yang menarik.

Pengerusi MyBHA (Bahagian Langkawi), Datuk Noorazly Rosly menyatakan bahawa sepanjang PKPB dilaksanakan, terdapat banyak tempahan bilik terpaksa dibatalkan dan ia membuat pihak yang terlibat terkena kesannya.

Tambahnya lagi sepanjang pemulihan PKP dilaksanakan, pihak persatuan mereka turut menawarkan potongan harga yang menarik untuk pelancong dengan kadar harga antara RM50 hingaa RM150 untuk satu malam tetapi terpaksa dibatalkan.

Memandangkan negeri Kedah kini dalam pelaksanaan PKP, ahli persatuan mereka akan menyambung kembali tawaran yang sama semasa PKP.

Mereka juga akan akan memberi promosi bagi lokasi luar Langkawi, jadi kepada orang ramai yang berminat boleh layari laman web golangkawi untuk dapatkan tawaran tersebut.

Sumber: New Strait Time

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!