Airbnb Nak Belanja 12 Orang Tinggal Di Mana-mana Destinasi Seluruh Dunia Selama Setahun

Type to search

Backpackerz Insider Pilihan Backpackerz Stay In

Airbnb Nak Belanja 12 Orang Tinggal Di Mana-mana Destinasi Seluruh Dunia Selama Setahun

Share
Airbnb

Sudah lama mengimpikan kehidupan nomad tetapi tiada peluang untuk melakukan sedemikian? Inilah peluang anda!

Platform sewa kediaman tersohor, Airbnb sedang mencari 12 individu bertuah untuk tinggal di mana-mana destinasi seluruh dunia selama setahun melalui program “Live Anywhere on Airbnb“.

airbnb

Menurut Airbnb, pihaknya berharap dapat menyediakan kehidupan nomad yang lebih baik berdasarkan pengalaman yang dikongsi oleh peserta program.

“Sama ada menyertai mesyuarat alam maya Zoom di tepi pantai, membawa keluarga makan angin, atau mempelajari bahasa baru di bandar kegemaran mereka – para peserta dapat menjadikan dunia ini sebagai rumah mereka.

“Kami akan meminta peserta berkongsi pengalaman mereka untuk membantu meningkatkan produk dan inovasi masa hadapan di platform sewa rumah serta penginapan ini,”

Program tersebut akan bermula pada Julai 2021 sehingga Julai 2022 dan peserta dibenarkan untuk membawa bersama tiga orang untuk menyertai bakal pemenang.

Airbnb akan menanggung segala kos penginapan dan memberi elaun pengangkutan kepada peserta sepanjang program tersebut. Peserta juga boleh menyewakan kediaman mereka platform ini bagi memperoleh wang tambahan ketika mengembara.

Mereka yang berminat untuk sertai program ini boleh menghantar permohonan di www.airbnb.com/liveanywhere. Airbnb menjemput semua individu dari pelbagai latar belakang untuk menyertai program ini. 

Peserta haruslah berusia 18 tahun ke atas dan dapat memberi komitmen selama 12 bulan berturut-turut dari Julai 2021 hingga Julai 2022.

Sesiapa yang teringin nak bergelar pengembara nomad dan bebas komitmen selama setahun, rebutlah peluang menarik dari platform sewa kediaman untuk jangka pendek ini. 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!