[VIDEO] ‘Alaska Airline’ Dituduh Rasis Terhadap Wanita Ini Kerana Berbadan Gemuk & Seksi );

Type to search

Backpackerz Insider

[VIDEO] ‘Alaska Airline’ Dituduh Rasis Terhadap Wanita Ini Kerana Berbadan Gemuk & Seksi

Share

Seorang wanita dilaporkan telah ditahan oleh syarikat penerbangan Alaska Airline selepas dituduh berpakaian kurang sopan dan seksi di lapangan terbang itu.

Ray Lin Howard, atau lebih dikenali dengan nama samarannya di Tiktok, Fat Trophy Wife berkongsi pengalamannya dalam sebuah video Tiktok yang telah ditonton lebih daripada 187,000 kali.

Beliau mendakwa dia diusir dari penerbangan Alaska Airlines kerana mengenakan pakaian crop top sambil menambah bahawa pekerja syarikat penerbangan juga mendiskriminasikannya kerana gemuk dan bertatu.

Ray menjelaskan bahawa dia memakai pakaian dalam sukan pada mulanya, sebelum diminta mengenakan t-shirt yang dipakai.

alaska

“Saya memakai kembali baju saya dan kemudian mereka menghampiri saya lagi, mengatakan bahawa saya tidak boleh memakai ini kerana perut saya terdedah dan tidak sesuai.

“Saya rasa seperti didiskriminasi sebagai wanita gemuk dan bertatu yang telah membuatkan saya sangat emosi dengan kemarahan, kekecewaan, penghinaan, dan kekeliruan,” katanya.

Pegawai dalam video tersebut mengakui bahawa tidak ada kesalahan jenayah yang berlaku, sebaliknya ianya hanyalah masalah yang berkaitan dengan kod pemakaian syarikat penerbangan.

alaska

Dasar kod berpakaian di Alaska Airlines adalah berpakaian kasual, dengan syarat, penampilan haruslah kemas dan rapi. Pakaian yang kotor atau lusuh dan kaki yang terdedah tidak akan diterima.

Walaubagaimanapun, Ray akhirnya dibebaskan dan syarikat penerbangan itu kemudiannya memanggil beliau untuk meminta maaf dan menawarkan kod diskaun untuk pembelian di masa hadapan.

alaska

Kalau korang berpeluang untuk menaiki pesawat di Alaska Airline, jangan lupa patuh pada etika pemakaian yang ditetapkan.

Kalau tak sia-sia je kena tahan dengan polis, terlepas flight nak bercuti!

 

[Sumber]: independent

 

Baca: Ala-Ala Filem Hollywood! Dubai Tourism Lancar Iklan Global Bersama Zac Efron & Jessica Alba

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!