6 APLIKASI WAJIB DIMUAT TURUN TELEFON KAKI TRAVEL

Type to search

Backpackerz Insider Tips

6 Aplikasi Ini Wajib Dimuat Turun Di Telefon Pintar Kaki Travel

Share
aplikasi

Aktiviti pelancongan memerlukan persiapan yang rapi dari pelbagai aspek dan pada zaman moden yang serba canggih kini, aplikasi di telefon pintar mempunyai pelbagai kepentingan buat kaki travel di luar sana.

Aplikasi–aplikasi ini direka khas untuk membantu membekalkan maklumat dan panduan kepada traveller terutamanya yang gemar melancong ke luar negara.

Berikut merupakan antara aplikasi yang harus di muat turun di telefon pintar sebelum anda melancong.

Culture Trip

aplikasi

Sesebuah negara itu mempunyai adat dan budaya yang berlainan dan sebagai pelancong, kita perlu tahu serba sedikit daripadanya untuk mengelakkan sebarang masalah dan salah faham di negara asing. Aplikasi ini sangat berguna dalam membantu kita untuk memahami adat resam di negeri orang. Memaparkan artikel, gambar dan video berkaitan budaya di sesebuah negara pastinya merupakan sesuatu yang menarik untuk diterokai semasa melancong.

 

XE Currency

aplikasi

Aplikasi ini membekalkan maklumat berkaitan nilai mata wang semasa dari seluruh pelosok dunia dan semestinya bagi mereka yang gemarkan pelancongan antarabangsa, sangatlah memerlukan aplikasi seperti ini. Secara tidak langsung ia juga dapat mengelakkan anda daripada ditipu semasa berbelanja.

 

Travel Phrasebook

Berkunjung ke negara asing yang berlainan bahasa pasti membuatkan kita berasa kekok untuk berkomunikasi. Travel Phrasebook membolehkan anda menterjemah bahasa asing kepada bahasa yang diingini. Sedikit berbeza dengan aplikasi ‘google translate’, aplikasi ini dilengkapi dengan ucapan harian yang sering diguna pakai di sesebuah negara seperti “thank you”, “how are you” dan “hello”. Sekurang-kurangnya mudah la nak bertegur sapa dengan orang luar lepas ni.

Trivago

Semestinya penginapan hotel dengan harga yang murah dan berpatutan menjadi keutamaan ketika melancong. Trivago membandingkan harga lebih dari 400 tempahan untuk 1.8 juta hotel di 190 buah negara. Tak perlu susah-payah cari hotel lagi lepas ni. Bak kata akak trivago, “Hotel? trivago kan ada”

 

Worldpackers

Buat mereka yang gemar melancong secara solo, aplikasi ini wajib dimuat turun di telefon bimbit anda! Mempunyai komuniti pelancong pada hampir 140 buah negara membolehkan anda untuk turut serta dalam melakukan pelbagai aktiviti kesukarelawan di negara luar. Menyenaraikan pelbagai kategori aktiviti dan lokasi, dalam masa yang sama dapat menambahkan lagi pengalaman anda melancong ke luar negara. Lebih menarik, tempat tinggal dan makan minum disediakan tau. Sambil melancong kita beramal, bagus kan?

 

Track My Trip

Sesuatu yang amat ditakuti ketika melancong ke negara luar adalah sekiranya kita sesat. Namun aplikasi ini sangat berkesan dalam membantu anda jejak semula ke setiap tempat yang anda lalui. Berbeza dengan Waze, Track My Trip akan meninggalkan garisan merah sepanjang perjalanan dan anda juga boleh memuat naik gambar di setiap perhentian sebagai peringatan. Nak pergi ke mana pon tak akan sesat dah lepas ni, jangan selam ke dalam laut sudah la ye.

 

 

 

Aktiviti pelancongan memerlukan persiapan yang rapi dari pelbagai aspek dan pada zaman moden yang serba canggih kini, aplikasi di telefon pintar mempunyai pelbagai kepentingan buat kaki travel di luar sana.

Aplikasi–aplikasi ini direka khas untuk membantu membekalkan maklumat dan panduan kepada traveller terutamanya yang gemar melancong ke luar negara.

Berikut merupakan antara aplikasi yang harus di muat turun di telefon pintar sebelum anda melancong.

Culture Trip

aplikasi

Sesebuah negara itu mempunyai adat dan budaya yang berlainan dan sebagai pelancong, kita perlu tahu serba sedikit daripadanya untuk mengelakkan sebarang masalah dan salah faham di negara asing. Aplikasi ini sangat berguna dalam membantu kita untuk memahami adat resam di negeri orang. Memaparkan artikel, gambar dan video berkaitan budaya di sesebuah negara pastinya merupakan sesuatu yang menarik untuk diterokai semasa melancong.

 

XE Currency

aplikasi

Aplikasi ini membekalkan maklumat berkaitan nilai mata wang semasa dari seluruh pelosok dunia dan semestinya bagi mereka yang gemarkan pelancongan antarabangsa, sangatlah memerlukan aplikasi seperti ini. Secara tidak langsung ia juga dapat mengelakkan anda daripada ditipu semasa berbelanja.

 

Travel Phrasebook

Berkunjung ke negara asing yang berlainan bahasa pasti membuatkan kita berasa kekok untuk berkomunikasi. Travel Phrasebook membolehkan anda menterjemah bahasa asing kepada bahasa yang diingini. Sedikit berbeza dengan aplikasi ‘google translate’, aplikasi ini dilengkapi dengan ucapan harian yang sering diguna pakai di sesebuah negara seperti “thank you”, “how are you” dan “hello”. Sekurang-kurangnya mudah la nak bertegur sapa dengan orang luar lepas ni.

Trivago

Semestinya penginapan hotel dengan harga yang murah dan berpatutan menjadi keutamaan ketika melancong. Trivago membandingkan harga lebih dari 400 tempahan untuk 1.8 juta hotel di 190 buah negara. Tak perlu susah-payah cari hotel lagi lepas ni. Bak kata akak trivago, “Hotel? trivago kan ada”

 

Worldpackers

Buat mereka yang gemar melancong secara solo, aplikasi ini wajib dimuat turun di telefon bimbit anda! Mempunyai komuniti pelancong pada hampir 140 buah negara membolehkan anda untuk turut serta dalam melakukan pelbagai aktiviti kesukarelawan di negara luar. Menyenaraikan pelbagai kategori aktiviti dan lokasi, dalam masa yang sama dapat menambahkan lagi pengalaman anda melancong ke luar negara. Lebih menarik, tempat tinggal dan makan minum disediakan tau. Sambil melancong kita beramal, bagus kan?

 

Track My Trip

Sesuatu yang amat ditakuti ketika melancong ke negara luar adalah sekiranya kita sesat. Namun aplikasi ini sangat berkesan dalam membantu anda menjejak semula setiap tempat yang anda lalui. Berbeza dengan Waze, Track My Trip akan meninggalkan garisan merah sepanjang perjalanan dan anda juga boleh memuat naik gambar di setiap perhentian sebagai peringatan. Nak pergi ke mana pon tak akan sesat dah lepas ni, jangan selam ke dalam laut sudah la ye.

 

 

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!