Arab Saudi Bakal Bina Taman Tema Atas Pelantar Minyak Pertama Di Dunia );

Type to search

Backpackerz Insider

Arab Saudi Bakal Bina Taman Tema Atas Pelantar Minyak Pertama Di Dunia

Share

Arab Saudi cukup terkenal dengan industri pelantar minyak petroleum dan merupakan antara negara pengeluar terbesar di dunia.

Meskipun begitu, ia tidak menghalang kerajaan Arab untuk menjadikan industri petroleum sebagai tarikan pelancong terbaru di sini.

Terbaru, Arab Saudi dikatakan bakal membina sebuah taman tema berkonsepkan pelantar minyak di tengah kawasan perairan mereka.

pelantar

The Rig merupakan perancangan terbaru Arab Saudi untuk menukar pelantar minyak menjadi sebuah ‘taman ekstrim’ seluas 150,000-meter persegi dan resort yang terletak di Teluk Arab.

Dibiayai oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi, The Rig terdiri daripada tiga buah hotel dan 11 restoran di beberapa platform, dan akan turut dilengkapi tunggangan ‘roller coaster’ serta aktiviti adrenalin seperti ‘bungee jumping’ dan ‘sky diving’.

 

Merupakan destinasi pelancongan pertama di dunia berkonsepkan pelantar minyak, ianya sejajar dengan strategi Arab Saudi menjelang Wawasan 2030 yang bertujuan untuk menempatkan semula Arab Saudi sebagai destinasi pelancongan antarabangsa terulung.

Difahamkan, pelbagai aktiviti di taman tema termasuk sukan air juga turut disediakan di sini!

pelantar

pelantar

pelantar

Ia sememangnya satu projek taman tema unik yang akan dibina tidak lama lagi dan pastinya bakal menjadi salah satu tarikan pelancongan terbesar di dunia.

Buat golongan yang gemarkan kelainan dalam aktiviti pelancongan, bolehlah masukkan dalam diari destinasi wishlist korang!

 

[Sumber: newshub]

 

Baca Juga: [VIDEO] ‘Summit One Vanderbilt’ – Tarikan Bangunan Kaca Lutsinar Yang Mengerikan Buat Pelancong

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!