[VIDEO] Arca & Hutan Bawah Air – Muzium Laut Pertama Di Dunia Kini Dibuka Di Cyprus );

Type to search

Backpackerz Insider

[VIDEO] Arca & Hutan Bawah Air – Muzium Laut Pertama Di Dunia Kini Dibuka Di Cyprus

Share

Kebiasaannya muzium ataupun pusat pameran kesenian akan dibina di dalam sebuah bangunan berhawa dingin namun, di zaman yang serba canggih kini, lokasi ini sudah mula dinaik taraf apabila ianya ditubuhkan di bawah laut.

Terletak di pantai Mediterranean Cyprus, muzium ini menempatkan 93 arca patung dan tumbuhan hutan di bawah laut.

Digelar Museum of Underwater Sculpture Ayia Napa (MUSAN), lokasi tarikan pelancong itu dibuka kepada orang ramai bermula pertengahan Ogos lalu.

Muzium ini terdiri daripada 93 ukiran oleh Jason deCaires Taylor, yang sebelum ini turut terlibat dalam pembinaan Taman Arca Molinere Bay Underwater, Grenada dan Taman Laut Negara Isla Mujeres, Mexico.

cyprus

cyprus

cyprus

Beberapa pameran yang dipaparkan termasuk pokok-pokok besar seberat 13 tan serta kanak-kanak yang menunjukkan ke arah kamera bagi menggambarkan sekumpulan umat manusia.

“Saya cuba memasukkan seberapa banyak bahan mengenai perubahan iklim dan kehilangan habitat serta pencemaran kerana ianya merupakan isu penting dalam era kita.

“Tetapi saya juga berharap ia boleh membawa beberapa pesanan lain tentang generasi yang bertanggungjawab kerana generasi muda harus dijaga,” katanya.

cyprus

Musan boleh diterokai oleh para penyelam aktiviti skuba, dan diharap ianya dapat menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan perlindungan laut di Cyprus ini.

Pengunjung yang berminat ingin meneroka ke muzium ini bolehlah membuat tempahan di laman web muzium. 

Ada dua slot untuk dipilih iaitu aktiviti selam skuba ataupun snorkeling. Kalau nak merasa menyelam sambil melawat muzium boleh la cuba guys!

 

[Sumber]: cnn

 

Baca: Deep Dive Dubai – Kolam Renang Terdalam Di Dunia & Kota Bawah Air, Tarikan Terbaru Di UAE

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!