Australia Dikecam Netizen Kerana Tampil Kenyataan Biadab Susulan Tidak Dapat Bercuti Ke Bali );

Type to search

Asia Backpackerz Insider Isu

Australia Dikecam Netizen Kerana Tampil Kenyataan Biadab Susulan Tidak Dapat Bercuti Ke Bali

Share
netizen

Pulau percutian di Bali sememangnya merupakan antara tarikan pelancongan terbesar di Indonesia dan rata-rata pengunjung dari seluruh dunia amat mengenalinya.

Namun begitu, lonjakan kes COVID-19 di negara itu baru-baru ini telah menyebabkan segala sektor pelancongan di sana dihentikan.

Perkara ini secara tidak langsung telah menyebabkan pelancong dari negara luar terpaksa melupakan niat dan hasrat mereka untuk bercuti di Bali.

netizen

Susulan itu, Australia dilihat merupakan antara negara yang berduka dengan berita penutupan itu. Ianya dapat dilihat apabila sebuah akhbar berita ‘The Australian’ mengeluarkan kenyataan yang dilihat agak melampau dan pentingkan diri.

“Indonesia’s Covid Hell as Australian May Have to Wait Years to Go Back to Bali”

Demikian merupakan tajuk utama yang dihasilkan di muka depan akhbar berkenaan. Meskipun ianya tidak ditujukan secara langsung, namun netizen di Indonesia lantang menyuarakan pendapat mereka mengatakan ianya sebagai satu penghinaan buat negara mereka.

netizen

Menurut petikan akhbar di atas, Australia dilihat sangat angkuh apabila mengabaikan aspek keselamatan dan kadar jangkitan di negara berkenaan.

Australia dilihat terlampau mementingkan soal percutian di Bali tanpa memikirkan soal keselamatan Indonesia yang kini sedang darurat menentang kes COVID-19.

Adakah mereka lupa bahawa pulau Bali merupakan sebahagian dari Indonesia?

Berikutan itu, rata-rata netizen di sana meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap penulisan yang dihasilkan akhbar tersebut.

 

Pendapat penulis, mungkin ada sesetengah penduduk di Australia yang menganggap bahawa, Bali dan Indonesia merupakan dua negara yang berbeza.

Maka tidak hairanlah jika isu ini mencetuskan kemarahan netizen di Indonesia kerana ianya melibatkan imej dan keselamatan di negara mereka.

Harap-harap isu seperti ini tidak terjadi di Malaysia la kan!

 

Sumber: coconuts

 

Baca: Di Turki Rakyat Tempatan ‘Dikurung’ Manakala Pelancong Dibenarkan Bersiar-Siar
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!