Pelancong Backpacker Tidak Dibenarkan Bercuti Ke Bali Selepas Ianya Dibuka Semula );

Type to search

Asean Backpackerz Insider Isu

Pelancong Backpacker Tidak Dibenarkan Bercuti Ke Bali Selepas Ianya Dibuka Semula

Share
backpacker

Percutian secara backpacker sememangnya menjadi pilihan orang ramai terutamanya buat mereka yang gemar melancong secara solo.

Namun sekiranya anda merupakan salah seorang daripadanya, berkemungkinan besar anda tidak dibenarkan lagi untuk bercuti di pulau peranginan Bali selepas ini.

Menteri Pelancongan Indonesia telah menyatakan bahawa Bali akan diasingkan daripada menjadi sebahagian dari lokasi tumpuan backpacker sebaik sahaja pusat peranginan itu bakal dibuka semula buat kali kedua.

Menurut Menteri Penyelarasan Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Luhut Pandjaitan, beliau berkata percutian secara backpacker sememangnya telah menjadi satu identiti di kepulauan Bali apabila mampu menarik lebih dari 6 juta pelancong asing sebelum penularan COVID-19.

backpacker

“Namun begitu, kelab pantai mewah, pusat peranginan mewah dan tempat makan mewah mempunyai jumlah kapasiti yang cukup besar di pulau ini untuk menarik pelancong yang lebih berprofil tinggi dan arif.

“Ini merupakan pasaran yang ingin disasarkan oleh ahli politik di negara ini setelah perbatasan dibuka semula nanti.

“Kami akan menyaring pelancong yang datang berkunjung. Kami tidak mahu backpacker datang sehingga Bali kekal bersih, sebaliknya hanya menggalakkan golongan yang berkualiti sahaja,” katanya.

backpacker

Pada ketika ini, percutian ke Bali hanya berjalan secara domestik sahaja di mana pelancong antarabangsa masih lagi dilarang. Namun, pemerintah Indonesia berkemungkinan besar akan menerapkan skema yang serupa dengan Phuket Sandbox bagi membuka sempadan buat pelancong luar pula.

backpacker

Dengan erti kata lainnya, kepulauan Bali dilihat ingin mensasarkan golongan yang berpendapatan tinggi bagi meningkatkan pasaran ekonomi di situ yang sejajar dengan fasiliti dan kelengkapan yang disediakan.

Namun buat backpacker di luar sana, ianya masih belum diputuskan lagi dan diharap kita semua berpeluang untuk berkunjung ke Bali tidak lama lagi.

Buat masa sekarang, bolehlah mula merancang percutian dengan rapi!

 

[Sumber]: traveloffpath

 

Baca: ‘Dark Tourism’ Destinasi Pelancongan Rumah Hantu Di ‘Agneis Keith House’ Sandakan

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!