Risiko Mandi Air Terjun! Ketahui 2 Ancaman Bahaya );

Type to search

Backpackerz Insider Tips

Risiko Mandi Air Terjun! Ketahui 2 Ancaman Bahaya Sebelum Ke Kawasan Mandian

Share
air terjun

Kadang-kadang bila kita dah seronok sangat bermandi-manda. Kita lupa akan keselamatan yang patut kita ingat apabila mandi di air terjun.

Pelbagai kejadian yan tidak diingini tekah berlaku di kawasan air terjun akibat kecuaian dan tidak mengambil tahu tentang kawasan air terjun tersebut.

Kejadian seperti mati lemas di kawasan air terjun selalunya berpunca dari fenomena kepala air dan juga pusaran air.

Jadi, sebelum berkunjung ke kawasan air terjun, pastikan korang mengambil tahu petua atau tips keselamatan ketika hendak bermandi-manda agar dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sebelum mengetahui ancaman ketika mandi di air terjun, terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kes-kes kematian dan lemas seperti:

  • Individu kurang waspada ketika berada dalam air
  • Individu kurang pengetahuan dan pemahaman mengenai keadaan air 
  • Individu tiada kesedaran dan pendidikan mengenai keselamatan air
  • Ketidakupayaan menyelamatkan diri
  • Kurang pengetahuan tentang teknik dan juga penggunaan alatan di sekeliling untuk menyelamatkan diri dan juga mangsa lain

Antara ancaman yang terdapat di  air terjun yang kita perlu tahu adalah pusaran air dan kepala air.


BACA JUGA: ‘Camping’ Di Kawasan Air Terjun, Kenali 3 Jenis ‘Kepala Air’ Untuk Elak Kemalangan Berlaku


air terjun

Pusaran air

Pusaran air terhasil daripada pertemuan dua arus yang berlawanan dan juga memiliki aliran air ke bawah secara vertikal. 

Apabila terjadinya pusaran air ini, mangsa seolah-olah ditarik ke bawah. Untuk pengetahuan semua, pusaran kecil berlaku di kawasan air terjun dan menghasilkan pusaran berskala kuat. 

Antara tanda-tanda yang akan mendatangkan pusaran air adalah ianya sering berlaku di sungai yang mempunyai jeram. 

Ketinggian air selepas hujan merupakan penentu kekuatan pusaran air tersebut. 

Untuk menguji kawasan pusaran air, korang boleh membuang objek seperti ranting kayu untuk memastikan kawasan itu selamat.

Apabila objek itu tidak ditolak keluar, maka ia menandakan bahawa air berkenaan dalam keadaan bahaya.

Pusaran air ini terbahagi kepada dua iaitu frowning dan smiling. Frowning merupakan tanda bahaya di mana pusaran air akan menarik apa sahaja objek yang melalui tengah jeram. Manakala, smiling adalah tidak bahaya, dan objek yang dibaling dapat keluar dengan mudah adri sudut tepi jeram.

air terjun
Gambar: Google/Oh Bulan

Kepala air

Kepala air merupakan satu gelombang aliran air yang datang secara mengejut dalam kuantiti yang besar.

Kepala air mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, kepala air berpunca daripada takungan hujan lebat du hulu sungai.

Kepala air ini amat bahaya kerana ia menghasilkan arus besar dan sangat deras.

Antara 3 tanda awal kejadian kepala air akan berlaku adalah langit akan menjadi gelap di bahagian hulu sungai iaitu puncak bukit yang disertai dengan bunyi guruh yang kuat.

Seterusnya, akan kedengaran bunyi dentuman gerakan batu atau air dari hulu sungai dan air sungai akan berbuih dan meningkat secara tiba-tiba.

Jadi, korang berhati-hati okay bila nak pergi mandi tu. Nak berseronok boleh saja, namun keselamatan diri hendaklah dijaga.

Semoga info ini bermanfaat buat korang!

[Sumber: TRIP JALAN]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!