Baru Berusia Setahun, Bayi Ini Sudah Bergelar ‘Travel Influencer’ Kerana Telah Melancong Ke 16 Buah Negeri );

Type to search

Backpackerz Insider

Baru Berusia Setahun, Bayi Ini Sudah Bergelar ‘Travel Influencer’ Kerana Telah Melancong Ke 16 Buah Negeri

Share
setahun

Melancong merupakan satu aktiviti hobi kesukaan ramai dan kebiasaannya ia akan dilakukan oleh golongan remaja ataupun dewasa yang telah pun bekerja.

Namun lain pula ceritanya apabila bayi lelaki ini difahamkan telah mula melancong seawal usia setahun.

Seorang bayi Amerika berusia setahun ini telah bergelar ‘travel influencer’ termuda di dunia kerana telah mengembara merentasi 16 buah negeri di AS dan telah menaiki 45 penerbangan setakat ini.

Dilahirkan pada 14 Oktober 2020, si cilik ini telah melakukan perjalanan pertamanya seawal usia tiga minggu. 

Setakat ini, bayi berkenaan telah melawat ke beberapa tempat antaranya, melihat beruang di Alaska, melihat serigala di Taman Negara Yellowstone, Delicate Arch di Utah, dan seluruh pantai di California. 

Mempunyai profil Instagramnya sendiri whereisbriggs, jumlah pengikutnya kini telah melebihi 30,000 orang.

setahun

Diuruskan oleh ibunya, Jess juga merupakan seorang influencer dan blogger yang mempunyai blognya sendiri yang dipanggil ‘Pelancong Sambilan’.

Jess kini mencipta rekod baharu dengan mengembara ke tempat baharu dan beliau juga sangat aktif berkongsi pengalamannya mengembara bersama bayi di laman Instagram miliknya.

setahun

setahun

Difahamkan, bayinya memperoleh pendapatan sekitar $1000 sebulan daripada papan iklan pelancongan selain turut menerima tajaan yang menyediakan perjalanan, lampin dan kain lap bayi secara percuma.

Alangkah beruntungnya bayi berkenaan kerana berpeluang melancong seawal usia setahun kan?

Bagi korang yang dah terlanjur usia, jangan risau… boleh la rancang perkara yang sama pada anak – anak nanti!

 

[Sumber: republicworld]

 

Baca Juga: Wanita Ini Bersalin Dalam Kapal Terbang Ketika Dalam Perjalanan Percutian Ke Chicago

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!