Bencana Alam Terjadi Ketika Sedang Mengembara? Ini Apa Yang Anda Harus Lakukan );

Type to search

Backpackerz Insider Isu

Bencana Alam Terjadi Ketika Sedang Mengembara? Ini Apa Yang Anda Harus Lakukan

Share
bencana alam

Apa yang perlu anda buat ketika tempat yang anda ingin kunjungi mengalami bencana alam? Perkara yang pertama, jangan panik.

Bila panik, anda tidak akan dapat berfikir untuk selamatkan diri seterusnya membahayakan diri sendiri serta orang lain.

Bencana alam memang perkara terakhir yang kita mahu fikirkan apabila pergi pergi bercuti, tapi kita tahu yang apa sahaja boleh berlaku, dan bersedia menghadapi sesuatu mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda.

Sebagai persediaan, Backpackerz telah menyusun beberapa perkara yang harus dibuat apabila tempat yang dilawati terjejas dengan bencana alam.

1. Banjir

Jika hujan lebat dan tidak berhenti di kawasan anda, pastikan anda tahu maklumat terkini tentang banjir yang mungkin berlaku.

Bencana alam jenis ini. anda harus sekurang-kurangnya pergi ke tempat yang lebih tinggi dan kekal di sana sehingga pasukan penyelamat tiba.

Jika anda berada di dalam kereta, jangan cuba untuk mengharung air yang dalam kerana kereta anda mungkin akan dibawa arus deras, walaupun kenderaan anda ialah trak atau SUV. Air setinggi enam inci boleh membuatkan enjin sebuah kenderaan mati dan membuatkan anda terkandas.

BACA JUGA: Wanita Ini Kongsi Tips Cara Pulihkan Barang Elektrik Selepas Banjir Surut

Jangan memandu merentas jambatan dibawah air banjir yang deras, kerana tapak jambatan itu mungkin tidak stabil.

Jangan meranduk air yang deras. Anda boleh dengan mudah dibawa arus, kerana arus banjir boleh menjadi lebih deras daripada yang dijangka.

Jauhi arus wayar elektrik atau punca elektrik. Arus elektrik boleh melalui air dan aliran kuasa yang tidak berfungsi juga dianggp sebagai bahaya ketika banjir.

Jaga-jaga dengan haiwan kecil dan reptilia seperti ular atau buaya, terutamanya jika anda berada dekat dengan hutan atau paya. Selalunya haiwan-haiwan ini cepat gelisah (membuatkan ia lebih mudah menyerang anda) dan mungkin mencari perlindungan di tempat yang sama seperti anda.

Sentiasa berhati-hati dengan kebocoran gas dan ekzos karbon monoksida. Penjana dan mesin lain yang menggunakan gas mungkin digunakan selepas banjir diatas banyak sebab. Karbon monoksida tidak berbau. Pastikan udara yang anda hidu itu selamat (buka tingkap) dan jangan nyalakan mancis jika anda terbau gas.

Jika anda terdedah kepada air banjir, ketahuilah ia tidak bersih dan bersihkan diri anda dengan sebaik mungkin. Begitu juga dengan pakaian dan kasut anda. Basuh semua peralatan yang terkena air banjir kerana ia mungkin dicemari dengan kumbahan, kimia dan bahan lain yang berbahaya.

2. Letusan Gunung Berapi

Jika anda dalam kawasan berbahaya, cepat-cepat keluar ke zon selamat dan cari perlindungan.

Walaupun anda diluar zon bahaya, anda masih berisiko untuk terkena abu gunung berapi, gas beracun, dan batu-batu yang berterbangan, jadi cari perlindungan dalam bangunan dan tutup semua pintu, tingkap, dan pengudaraan.

  • Elakkan lembah atau kawasan rendah, terutamanya sungai di hilir gunung berapi.
  • Gunakan gogal dan gunakan kacamata sebagai ganti kanta sentuh.
  • Pakai topeng habuk atau menutup kain lembap di atas muka anda untuk membantu bernafas.
  • Lindungi kulit anda dengan memakai pakaian seperti baju lengan panjang dan seluar panjang.
  • Dengar stesen tempatan di radio mudah alih atau radio yang dikendalikan oleh bateri untuk maklumat dan arahan kecemasan terkini.

3. Gempa Bumi

Kekal di dalam sehingga gegaran berhenti dan selamat untuk keluar. Jangan keluar dari bangunan semasa gempa bumi. Kajian menunjukkan yang kebanyakan kecederaan berlaku apabila orang di dalam bangunan cuba bergerak ke lokasi yang berbeza di dalam bangunan atau cuba untuk keluar.

Jangan gunakan lif, ketika gegaran kerana ini mungkin akan menyebabkan kerosakkan pada lif tersebut.

Jika anda berada di luar, jauhkan diri dari bangunan, lampu jalan, dan wayar utiliti dan kekal di sana sehingga gegaran berhenti. Bahaya terbesar wujud di luar bangunan, di pintu masuk dan di samping dinding luaran.

Sekiranya anda berada dalam kenderaan yang bergerak, berhenti di tempat yang selamat dan duduk di dalam kenderaan. Elakkan berhenti dekat atau di bawah bangunan, pokok, jambatan, dan wayar utiliti.

Teruskan dengan berhati-hati apabila gempa bumi telah berhenti. Elakkan jalan, jambatan, atau tanjakan yang mungkin rosak akibat gempa bumi.

Sekiranya anda terperangkap di bawah serpihan, jangan bergerak terlalu banyak atau menendang habuk.

Tutup mulut anda dengan kain, seperti sapu tangan atau pakaian.

Jangan menyalakan mancis atau pemetik api.

Ketuk paip atau dinding supaya penyelamat dapat mencari anda. Gunakan wisel jika ada pada anda. Berteriak hanya sebagai pilihan terakhir, kerana menjerit boleh menyebabkan anda menyedut debu atau keletihan.

4. Ribut Taufan

Jika taufan dijangka di lokasi anda, jika boleh, bertindak secepat mungkin dengan berpindah dan ikuti arahan pemindahan oleh pihak berkuasa tempatan. Anda perlu berpindah sekurang-kurangnya 24 jam sebelum ribut tiba.

Jika anda menaiki penerbangan keluar, hubungi syarikat penerbangan secepat yang mungkin untuk menempah tempat duduk yang tersedia. Jika tiada tempat duduk yang tersedia atau jika penerbangan hanya tersedia pada esok hari, anda mungkin perlu membeli tiket sehala untuk pulang dengan syarikat penerbangan yang lain.

Jika anda tidak boleh pergi ke mana-mana, hubungi ahli keluarga dan maklumkan mereka lokasi anda. Berikan maklumat terkini hanya apabila perlu, kerana anda perlu memanjangkan jangka hayat bateri.

Jika anda menginap di pantai atau berdekatan, cari tempat lain yang lebih tinggi atau jauh untuk menginap, kerana terdapat risiko yang besar jika anda berada dekat dengan kawasan pantai.

Jika anda dipindahkan ke pusat perlindungan, pastikan anda membawa bersama kad pengenalan diri, sijil-sijil berharga dan ubat-ubatan dalam bekas asal.

Simpan bekalan lampu suluh dengan bateri tambahan, selimut, bantal, dan air serta makanan yang mencukupi.

Kekal dalam bangunan sehingga pengumuman rasmi dibuat.

5. Tsunami

Jauhi pantai dan kawasan pantai, dan pergi ke kawasan yang lebih tinggi atau yang lebih jauh. Jika anda boleh lihat ombak, bermaksud anda terlalu dekat untuk melepaskan diri.

Sediakan jalan keluar (jika penginapan anda tiada, jadi rancang sendiri jalan keluar anda). Pastikan anda berada sekurang-kurangnya 30 meter atas paras laut atau 2-3 kilometer di pedalaman.

Jika amaran bencana alam tsunami berlaku, lari secepat yang mungkin – jangan tunggu sehingga arahan rasmi pemindahan dikeluarkan. Bawa radio kecemasan bersama anda jika boleh, terutama sekali yang berkuasa bateri, jika ada.

Tunggu sehingga pengumuman “keadaan selamat, kerana selalunya ombak tsunami diikuti dengan ombak yang lebih besar.


Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!