Bercuti Dalam Negara Tapi Macam Pergi Oversea );

Type to search

Backpackerz Insider Kampung Stay In Visit Malaysia 2020

Bercuti Dalam Negara Tapi Macam Pergi Oversea

Share

Sekarang negara kita sudah mula aktif bercuti dalam negara, Walaupun sudah dibenarkan rentas negeri, pastikan anda mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh pihak tertentu.

Asyik jalan-jalan pulau, pergi hiking, camping apa kata cuti akan datang korang plan pergi ke tempat macam luar negara.

BACA JUGA:‘Saya Nak Buka Safari Kucing’ Saiful Apek Rayu Masyarakat Bela Nasib Si Meow Ketika Banjir

Walaupun bercuti ke luar negara masih lagi disekat di beberapa negara, anda tidak perlu risau, di Malaysia pun ada banyak tempat pelancongan ala-ala luar negara.

Tempat pelancongan dalam negara ala-ala overseas ni dapat menjimatkan kos anda ke luar negara, menikmati keindahan dalam negara dan pemandangan yang sangat mirip dengan negara sejuk di sana.

Jom tengok-tengok, boleh masuk dalam list nanti!

Masbro Village, Melaka

Jom merasa tidur dalam rumah segitiga! Mascro Village sesuai untuk seisi keluarga. Rumah yang cute dan berwarna-warni serta ada kolam renang.

Colmar Tropicale, Pahang

Di Colmar Tropicale pula anda seakan berada di Perancis kerana sememangnya bangunan di sini diilhamkan dari Colmar Village Alsace, Perancis.

Kalau bergambar tu, memang serupa macam Perancis. Colmar Tropicale terletak di Bukit Tinggi, Pahang.

Japanese Village, Pahang

Sebelum pergi Jepun sebenar, jom jalan-jalan Jepun dalam Malaysia dulu.

Japanese Village, Pahang menyediakan suasana perkampungan Jepun yang sangat real dan cantik.

Desa Dairy Farm, Sabah

Desa Dairy Farm terletak di Kundasang. Di sini tempat ternakan lembu seadakan-akan New Zealand.

Cantik sangat! Suasana pun sejuk. Desa Dairy Farm terletak di Tanah Tinggi Mesilau, Kundasang, Sabah lebih kurang 100km dari Kota Kinabalu.

Jangan lupa rasa makan ais krim dekat sini, sejuk tapi seronok!

[SUMBER: SOSCILI]

Wind Paradise, Kundasang Sabah

Semua orang tahu Kundasang memang kawasan yang sejuk dan dingin tapi mungkin ada yang tidak tahu kewujudan Wind Paradise ini.

Penginapan yang disediakan seperti Mongolian Yurl. Wind Paradise terletak kira-kira 9km dari Taman Kinabalu.

Pemandangan yang cantik dan sejuk membuatkan lagi tenang di sini.

 

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!