Wanita Ini Bersalin Dalam Kapal Terbang Ketika Dalam Perjalanan Percutian Ke Chicago );

Type to search

Backpackerz Insider

Wanita Ini Bersalin Dalam Kapal Terbang Ketika Dalam Perjalanan Percutian Ke Chicago

Share

Keterujaan wanita ini yang asalnya ingin bercuti secara tiba-tiba bertukar kepada satu tragedi yang tidak mungkin dilupakan apabila beliau meyambut kelahiran anak sulungnya.

Dengan pertolongan kru kabin dan seorang doktor yang kebetulan berada di dalam pesawat berkenaan telah membantu beliau melahirkan bayi lelaki yang sihat ketika dalam penerbangan dari Istanbul ke Chicago.

Difahamkan, wanita yang berasal dari Maghribi itu sedang menaiki penerbangan Turkish Airlines ke Chicago namun tanpa diduga, air ketumban beliau pecah dua minggu awal sebelum dari tarikh jadual asalnya. 

chicago

Situasi itu telah memaksa kru kabin membuat pengumuman melalui pembesar suara untuk bertanya apakah ada doktor di dalam pesawat berkenaan.

Secara kebetulan, kehadiran Dr. Feridun Kubilay yang bekerja sambilan sebagai pakar bedah saraf di Turki, telah memaksa beliau bertindak menjadi bidan menyambut bayi ketika itu.

chicago

Sebaik sahaja pesawat itu tiba di Chicago, pasukan perubatan telah disediakan untuk rawatan lebih lanjut dan syarikat penerbangan Turkish Airlines memberitahu bayi lelaki itu diberi nama Mehdi.

Di beberapa negara termasuk AS, pihak kerajaan di sana akan memberikan kewarganegaraan kepada bayi jika ia dilahirkan di tanah negara itu.

Manakala, sekiranya seorang wanita melahirkan bayi di udara, kewarganegaraan bayi berkenaan boleh diberikan berdasarkan negara mana pesawat tersebut didaftarkan.

chicago

Ianya pasti satu pengalaman dan detik bersejarah yang tak akan dilupakan buat wanita tersebut kerana kebiasannya kelahiran bayi akan disambut oleh doktor di hospital namun lain pula kisahnya buat mereka.

Sekiranya anda merupakan ibu yang sedang sarat megandung, nasihat penulis, bawa bersabar dan tunggu sehingga selesai proses kelahiran bayi anda sebelum ingin bercuti.

Selesai bersalin nanti baru la selamat nak melancong ke mana-mana pun!

 

[Sumber: travelandleisure]

 

Baca: Kerana Ingin Melancong, Dua Pelancong Ini Didenda RM80,000 Kerana Memalsukan Sijil Vaksinasi Mereka

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!