Aktiviti Camping, Campervan Berlatarbelakang Gunung Ledang, Tarikan Terbaru di Kem Tasik Biru - Verst Backpackerz );

Type to search

Aktiviti Camping, Campervan Berlatarbelakang Gunung Ledang, Tarikan Terbaru di Kem Tasik Biru

Backpackerz Insider Pilihan Backpackerz

Aktiviti Camping, Campervan Berlatarbelakang Gunung Ledang, Tarikan Terbaru di Kem Tasik Biru

Avatar
Share
Campervan

Trend cuti berehat hujung minggu seperti camping dan campervan kian diminati ramai khususnya warga kota yang tinggal dalam persekitaran ‘hutan batu’ sekitar Lembah Klang.

Rata-rata pelancong tempatan memilih percutian jangka pendek atau short gateway dengan mengunjungi lokasi menawarkan konsep alam semula jadi, flora dan fauna yang sesuai untuk berkhemah sambil melakukan aktiviti riadah air.

Tasik Biru

Bagi penggemar nature retreat, ada satu lokasi yang direkomendasi oleh seorang peminat aktiviti perkhemahan, Candice Lim 芳羽 dalam komuniti Family Camping Malaysia.

Penulis sendiri teruja melihat beberapa foto yang dikongsikan di Kem Tasik Biru, Jasin Melaka. Terima kasih atas perkongsian gadis berasal dari Muar ini.

Lokasi ini terletak diantara sempadan Melaka (Jasin) dan sempadan Johor (Tangkak). Kem Biru menawarkan kawasan percutian yang lengkap untuk aktiviti camping serta campervan bersebelah tasik biru-biru kehijauan.

Campervan
Pemandangan matahari terbenam waktu Subuh

Bayangkan anda bangun pagi sambil menikmati keindahan alam, berlatarbelakang pemandangan Gunung Ledang sambil menghirup secawan kopi yang cukup menyegarkan.

Pengunjung Kem Tasik Biru boleh menyewa tapak atau khemah dengan harga RM10 untuk seorang.

Bagi geng campers, anda boleh parking campervan pada kawasan yang disediakan di Dataran Buluh Perindu dan berdekatan gigi air. Cuma kalau menginap secara bercamper, bekalan elektrik tidak disediakan.

Kem Tasik Biru cukup luas dan tasik di sini terbentuk daripada bekas tapak perlombongan. Jadi, pengunjung boleh lakukan aktiviti berkayak, memancing, jungle trekking, berbasikal, water confident dan indoor games.

Kemudahan asas yang disediakan seperti tapak perkhemahan, kawasan campervan, tandas, chalet, dewan, surau, sumber elektrik dan paip air.

Campervan
Air jernih menyegarkan pandangan, harap jangan dicemarkan
Campervan
Tasik biru berlatarbelakang Gunung Ledang
Campervan
Air jernih menyegarkan pandangan, harap jangan dicemarkan

Pada penulis, Kem Tasik Biru ini ala-ala summer camp yang bersesuaian untuk aktiviti percutian mahupun riadah keluarga. InsyaAllah, satu hari nanti team BackPackerz akan bermalam di sini untuk menikmati vibes camping yang sebenar.

Jom kita rancakkan Cuti Cuti Malaysia dengan norma baharu serta patuhi SOP yang ditetapkan. #KitaTegurKitaMenang

Campervan
Candice Lim & pasangan di Kem Tasik Biru
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!