(Video) China Sky Train – Tarikan Terbaru Kereta Api Berupa 'Panda' Di Chengdu, China );

Type to search

Asia Backpackerz Insider

(Video) China Sky Train – Tarikan Terbaru Kereta Api Berupa ‘Panda’ Di Chengdu, China

Share
sky

Seperti yang kita ketahui, pengangkutan kereta api merupakan satu kemudahan yang sering digunakan kerana ianya menjimatkan masa dan mudah untuk dinaiki.

Namun, selain daripada faktor kemudahan pengangkutan, tahukah anda bahawa ianya juga boleh dijadikan sebagai satu tarikan pengunjung?

Di China, kereta api ‘Sky Train’ ini bukan sahaja dijadikan kemudahan pengangkutan malah turut menjadi tumpuan pengunjung kerana mempunyai reka bentuk dan ciri rekaan yang lutsinar.

sky

sky

Menariknya kereta api ini, ianya direka dalam posisi tergantung dan menggunakan kaca jenis lutsinar. Maka, pengguna akan dapat menikmati pemandangan seluas 270 darjah melalui sisi tingkap dan juga lantai yang lutsinar.

Sebagai simbolik kepada daerah Chengdu yang terkenal dengan habitat panda semula jadi, kereta api ini dicat dengan kemasan dan warna menyerupai seekor panda.

 

Kereta api ini adalah sebahagian daripada usaha untuk membawa pengangkutan awam yang lebih lestari ke daerah Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan China.

Chengdu adalah sebuah kota kuno negeri China yang terkenal dengan kuil-kuilnya, tarikan bersejarah, aktiviti sungai dan habitat panda.

Dengan menaiki ‘Sky Trail’ ini, pengunjung akan berpeluang untuk melihat panda di habitat semula jadi bertempat di ‘Chengdu Research Base Giant Panda Breeding’.

sky

Sekali-sekala layan view dari pandangan atas kereta api pun syok jugak kan? Ibarat kita sedang terapung di awan-awangan,

Dan yang paling penting, ianya mungkin boleh atasi masalah gayat korang!

 

Sumber: travelandleisure

 

Baca: Dubai Bakal Anjur Ekspo Pelanconga Terbesar Dunia Oktober Ini
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!