Berita baik buat penggemar aktiviti riadah hutan dan sungai sekitar Selangor.
Pihak Tourism Selangor telah memaklumkan bahawa Chongkak Park & Resort kembali beroperasi dan dibuka semula kepada orang ramai bermula Jun 2022.
Seperti sedia maklum, kita semua sudah memasuki era endemik dan pengunjung disarankan untuk mematuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan.

Antara garis panduan yang ditekankan Chongkak Park & Resort adalah seperti berikut;
- Bilangan pengunjung adalah tidak terhad! Yay
- Semua pengunjung, kakitangan, peniaga dan pekerja/kontrator penyelenggaraan adalah dinasihatkan memakai pelitup muka (face mask) sepanjang berada dalam kawasan Chongkak Park & Resort.
- Waktu operasi adalah dari jam 8 pagi sehingga 5 petang.
- Pengunjung diminta membuat pembayaran sebelum memasuki kawasan atau menjalankan sebarang aktiviti.
- Sebarang tempahan astaka, tapak, perhimpundan dan dewan terbuka hendaklah dipohon selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh penggunaan.
- Pengunjung yang ingin memasuki kawasan rekreasi menggunakan kenderaan diminta untuk mengisi borang kemasukan kenderaan.
- Aktiviti mendaki Bukit Cenuang hendaklah mendapatkan permit dari Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan permit perlu ditunjukkan kepada kakitangan yang bertugas di sana.
- Sebarang aktiviti pengambaran (shooting) perlu memohon serta mendapatkan kelulusan pihak pengurusan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh penggambaran dijalankan.
- Pengunjung tidak dibenarkan berada di dalam kawasan selepas waktu operasi.
- Perkhemahan bermalam (camping) adalah tidak dibenarkan.
- Pintu pagar akan dikunci tepat jam 5 petang, jadi perlu patuhi masa ditetapkan.
- Sebarang perubahan SOP tertakluk kepada arahan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Diharap orang awam dapat kembali menikmati aktiviti riadah alam semulajadi di Negeri Selangor, namun menitik-beratkan soal kebersihan, keselamatan diri dan pengunjung lain dengan mematuhi secara garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan.
Bagi mendapatkan sebarang informasi lanjut, sila hubungi talian 03-5513 2000 (Jabatan Pembangunan Perniagaan) atau layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor.

Untuk membantu serta memudahkan anda melaksanakan Badal Haji, Badal Umrah, Aqiqah dan Korban di Makkah, boleh rujuk operator ini – Umrah Iltizam