‘Dark Tourism’ – Destinasi Pelancongan Rumah Hantu Di ‘Agneis Keith House' Sandakan );

Type to search

Backpackerz Insider

‘Dark Tourism’ – Destinasi Pelancongan Rumah Hantu Di ‘Agneis Keith House’ Sandakan

Share

Anda gemar berkunjung ke rumah hantu, tempat-tempat mistik dan menyeramkan? Jika ya, ini mungkin sesuatu yang menarik buat anda.

‘Dark Tourism’ merupakan sebuah destinasi pelancongan melibatkan tempat bersejarah yang berhantu di negeri Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, ‘Dark Tourism’ melibatkan tempat bersejarah yang berhantu di negeri ini.

dark

“Ketika ini, seluruh dunia mempunyai destinasi pelancongan seperti ini dan rata-rata pengunjung meminatinya.

“Tetapi ia memerlukan tahap keberanian tinggi, jadi buat mereka yang lemah hati, lebih baik tidak ikut serta dalam kegiatan seperti itu,” katanya.

Rumah Agnes Keith merupakan antara lokasi yang berpotensi untuk dijadikan destinasi ‘Dark Tourism’ di sini.

dark

Difahamkan, rumah ini merupakan lokasi bersejarah semasa pemerintahan Inggeris dan juga merupakan salah satu tarikan pelancongan di Sabah.

Bercakap mengenai cerita seram di rumah ini, rata-rata pengunjung yang pernah menginap di sini mengatakan bahawa mereka mempunyai perasaan gerun dan menyeramkan ketika menginap di rumah ini.

Menurut perkongsian cerita pengunjung, mereka mengatakan bahawa sering terlihat kelibat seseorang yang sedang melihat ke luar tingkap dan juga seorang wanita yang kerap berada di atap rumah, 

dark

Menurut sejarah, rumah Agnes Keith dinamakan sempena pengarang Amerika yang terkenal dengan kisah auto biografinya di Sandakan.

Beliau menetap di sini bersama suaminya, Harry Keith yang merupakan seorang peneroka hutan pada tahun 1930-an.

Lebih menyeramkan, menurut penulisan yang ditemui, dia membuat catatan mengenai penampakan kelibat dan kejadian misteri yang berlaku di rumah itu.

dark

Adakah anda tertarik untuk merasai sendiri pengalaman seram di sini?

Mungkin anda sudah lali dengan rumah hantu di taman tema yang dikatakan kurang seram dan sekadar olok-olok.

Apa kata kali ini, anda cuba bermalam di rumah Agneis Keith pula!

 

Sumber: rojakdaily

 

Baca: Istana Dracula Di Transylvania Tawar Vaksin Percuma, Siap Dapat ‘Diploma Vaksin’ Lagi!
Tags:

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!