Deep Dive Dubai - Kolam Renang Terdalam Di Dunia & Kota Bawah Air, Tarikan Terbaru Di UAE );

Type to search

Backpackerz Insider

Deep Dive Dubai – Kolam Renang Terdalam Di Dunia & Kota Bawah Air, Tarikan Terbaru Di UAE

Share
UAE

Selain daripada memiliki bangunan pencakar langit tertinggi di dunia, UAE sekali lagi memahat sejarah apabila membuka sebuah lagi aset pelancongan yang terbaru di Dubai.

Deep Dive Dubai merupakan sebuah kolam luar biasa yang telah dibina di Dubai. Bertempat di Nad Al Sheba, kolam ini mempunyai kedalaman sehingga 60 meter bersamaan 196 kaki di bawah air.

Kolam ini dipenuhi dengan 14 juta liter air tawar bersamaan enam kolam renang berukuran Olimpik dan ianya dikatakan empat kali lebih besar daripada kolam renang lain di dunia. 

 

Salah satu tarikan terbesar di sini adalah kewujudan bandar di bawah air.

Penyelam akan dapat meneroka dunia bawah laut dan dilengkapi dengan pemandangan jalanan, pangsapuri, garaj, permainan dan ciri-ciri menarik yang lain.

UAE

Menurut jurucakap Abdulla Bin Habtoor, pembukaan ‘Deep Dive Dubai’ merupakan satu penghormatan buat warisan penyelam mutiara UAE.

“Dalam usaha memajukan sektor pelancongan, kami mengambil inspirasi daripada keberanian dan ketabahan warisan penyelam mutiara UAE.

“Deep Dive Dubai membolehkan pengunjung untuk menyelam ke dalam air dan merasai pengalaman dimensi bawah laut yang penuh dengan pengembaraan dan keajaiban,” katanya.

UAE

Difahamkan, sebuah bangunan berbentuk tiram raksasa seluas 1.500 meter persegi telah dirancang untuk dibina. 

Ianya bakal berfungsi sebagai penempatan buat para penyelam, ruang pertemuan, acara serta medan persidangan dan ianya dikatakan akan dilancarkan sebelum akhir tahun ini.

Sekiranya anda berminat, bolehlah membuat tempahan bermula hujung bulan Julai ini di sini

UAE

Pendapat penulis, ianya merupakan sebuah destinasi pelancongan yang sangat menarik untuk diterokai oleh penyelam skuba di luar sana.

Apa lagi tunggu? Selesai je PKP terus tempah tiket flight ke Dubai geng!

 

Sumber: cnntravel

 

Baca: Hotel Angkasa Lepas Pertama Di Dunia Dibuka Pada Tahun 2027
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!