Disneyland Perkenal Menu Sandwich ‘Kayangan’ Berharga 100 USD

Type to search

Backpackerz Insider

Disneyland Perkenal Menu Sandwich ‘Kayangan’ Berharga 100 USD

Share
disneyland

Roti sandwic sering dijadikan sarapan oleh ramai rakyat Malaysia terutamanya buat ibu-ibu yang menyediakan santapan bekal buat anak mereka sebelum ke sekolah.

Namun, siapa sangka makanan yang ringkas dan enak ini mempunyai nilai pasaran harga mencecah 100 USD di negara Amerika Syarikat?

Taman tema terkenal dunia Disneyland yang bakal mewujudkan sebuah lagi tarikan iaitu Kampus Avengers, sepatutnya menjadi bualan ramai kerana ianya dikatakan bakal dibuka pada awal bulan Jun ini.

disneyland

Namun begitu, berita itu telah dibayangi dengan isu penjualan roti jenis sandwic panini yang dikatakan dijual pada harga yang tinggi di sana.

Meskipun roti sandwic berkenaan boleh dinikmati seramai enam hingga lapan orang, rata-rata netizen tetap mempertikaikan harganya yang dikatakan sangat tidak masuk akal.

disneyland

Jika dinilai daripada sudut pelancong yang berkunjung ke Disneyland, pastinya harga roti berkenaan akan melonjak naik kerana jurang perbezaan mata wang negara yang berlainan.

Sebagai contoh, sekiranya rakyat Malaysia berhajat ingin mendapatkan roti berkenaan, jika dinilai dalam ringgit Malaysia anda perlu mengeluarkan sejumlah wang RM414.59 hanya untuk sekeping sandwic!

Berbaloikah wang sebesar itu hanya untuk satu hidangan sandwic?

Buat peminat kartun Disney, ianya mungkin sesuatu yang sangat menarik dan mengujakan tetapi bagi penulis, lebih baik bawa bekal nasi lemak… lagi berbaloi!

 

Sumber: travelpulse

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!