Kerana Ingin Melancong, Dua Pelancong Ini Didenda RM 80,000 Kerana Memalsukan Sijil Vaksinasi Mereka | BackPackerz );

Type to search

Backpackerz Insider

Kerana Ingin Melancong, Dua Pelancong Ini Didenda RM 80,000 Kerana Memalsukan Sijil Vaksinasi Mereka

Share
dua

Aktiviti pelancongan di serata dunia sudah mula dibuka semula dan buat pelancong yang ingin berkunjung ke sesebuah negara, mereka perlulah memiliki sijil vaksinasi digital yang sah.

Keperluan vaksin sangat dipandang serius pada hari ini demi membendung daripada penularan wabak COVID-19 yang dilihat semakin beransur pulih.

Namun begitu, baru-baru ini dua orang pelancong telah disaman kerana memalsukan sijil vaksinasi dan keputusan ujian COVID-19 mereka semasa melancong di Toronto, Kanada.

dua

Difahamkan, mereka juga gagal untuk menetap di penempatan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mereka yang belum menerima sebarang suntikan vaksin dan juga ujian saringan COVID-19.

Tindakan memberikan maklumat dan dokumen palsu kepada pegawai Pemerintah Kanada, merupakan satu kesalahan serius dan boleh dijatuhkan hukuman denda ataupun tuduhan jenayah.

Kedua-dua pelancong itu dijatuhi hukuman denda bayaran sebanyak USD 19,720 (RM83,326) dan menurut pihak berkuasa Kanada, hukuman yang lebih serius iaitu penjara enam bulan atau denda USD 750,000 (RM3,1 juta) juga boleh dijatuhkan jika perkara ini berulang lagi.

dua

Tak pasal-pasal kena bayar denda berjuta-juta kan?

Pelancong berkenaan dikatakan telah melakukan pelbagai cara untuk memastikan dokumen yang dipalsukan kelihatan asli.

dua

Pendapat penulis, ianya merupakan satu usaha yang sangat sia-sia kerana agak mustahil untuk kita memalsukan dokumen lebih-lebih lagi hal berkaitan vaksinasi.

Korang jangan cuba-cuba nak buat pula ye, daripada kena saman beribu-ribu, baik simpan untuk vacation nanti!

 

Sumber: gizmodo

 

Baca: Rakyat Malaysia Mungkin Dibenarkan Ke Singapura Menggunakan MySejahtera Sebagai Passport Vaksin
Tags:

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!