Dubai Bakal Anjur Ekspo Pelancongan Terbesar Dunia Oktober Ini );

Type to search

Backpackerz Insider

Dubai Bakal Anjur Ekspo Pelancongan Terbesar Dunia Oktober Ini

Share

Setelah setahun ditangguhkan akibat wabak COVID-19, ‘Dubai Expo’ dijadual akan dilangsungkan pada 1 Oktober tahun ini hingga 31 Mac depan.

Ekspo ini akan mempamerkan pameran lebih dari 190 buah negara di seluruh dunia.

Bertempat di Wasl Plaza, struktur berkubah setinggi 17 tingkat dan berkeluasan 1.7 batu persegi ini dijangka dapat menampung sehingga 25 juta pengunjung dalam satu masa.

Naib presiden strategi pemasaran dan penjualan, Sumathi Ramanathan berkata ekspo berkenaan akan menemukan pelawat dari pelbagai sektor pelancongan dan minat yang berbeza.

dubai

“Kami menggalakkan pengunjung untuk datang dan menghabiskan masa sekurang-kurangnya tiga hari di sini kerana pelbagai tarikan dan keistimewaan yang menarik disediakan di sini, dan kami yakin pengunjung tidakakan terdetik untuk pergi ke tempat lain,” katanya.

Dalam pada itu, pengunjung tidak perlu berasa risau kerana kadar vaksinasi Emiriah Arab Bersatu adalah antara yang tertinggi di dunia dan segala protokol kesihatan dan keselamatan akan dipatuhi sepanjang ekspo itu berlangsung.

dubai

Terbahagi kepada empat bahagian, ekspo berkenaan akan mempamerkan atur cara dan pameran yang berbeza-beza.

Di bahagian pertama, sebanyak 190 buah negara akan mempamerkan budaya dan kesenian masing-masing, ianya termasuklah jenis hiburan dan tarikan negara mereka.

Bahagian kedua pula lebih memfokuskan kepada seni bina negara. Difahamkan, ramai arkitek terkenal dunia telah turut serta pada bahagian ini antaranya ialah Adrian Smith, yang merupakan pereka Burj Khalifa di Dubai, bangunan tertinggi di dunia.

Sementara itu, penyertaan dari negara Jepun pula dikatakan akan menggunakan kombinasi origami Jepun dan geometri Arab sebagai penghormatan kepada hubungan laluan perdagangan Jalan Sutera antara tanah Arab dan Asia.

dubai

Acara dan hiburan pula akan berlangsung di bahagian ketiga. Kira-kira 60 acara akan berlangsung sepanjang Ekspo berkenaan antaranya konsert, balet, opera, festival sastera, pertunjukan seni dan banyak lagi. 

Akhir sekali, bahagian empat pula akan memaparkan teknologi dan inovasi di dunia. Antara penyertaan awal yang diterima bakal menyaksikan teknologi robot melakukan pembedahan, teleskop terbesar di dunia dan teknologi dari Belanda yang mengubah cendawan menjadi bahan binaan.

Dalam pada itu, Ramanathan turut berkata bahawa ekspo berkenaan akan menawarkan pelbagai makanan dan minuman istimewa dari 200 buah negara di seluruh dunia.

Harap-harap bulan Oktober nanti sempadan negara kita dibuka semula. Penulis pun teringin nak pergi ekspo besar macam ni!

 

Sumber: bbc

 

Baca: Rakyat Filipina Terima Diskaun & Makanan Percuma Sekiranya Sudah Divaksin
Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!