Ala-Ala Filem Hollywood! Dubai Tourism Lancar Iklan Global Bersama Zac Efron & Jessica Alba );

Type to search

Backpackerz Insider

Ala-Ala Filem Hollywood! Dubai Tourism Lancar Iklan Global Bersama Zac Efron & Jessica Alba

Share

Dubai Tourism telah melancarkan sebuah kempen iklan global terbaru yang menampilkan bintang Hollywood Jessica Alba dan Zac Efron.

Diarahkan oleh pemenang anugerah Director Guild, Craig Gillespie, kempen ini menampilkan sebuah siri filem pendek yang akan membawa penonton melihat pemandangan yang menawan di seluruh kota Dubai.

Bertemakan genre aksi, kempen ini menampilkan Alba dan Efron sebagai perisik adrenalin dan ianya dijangka akan dilancarkan secara bersiri dalam jangka masa empat bulan.

Dubai Tourism telah melancarkan kempen global terbaru, Dubai Presents yang menampilkan bintang Hollywood Jessica Alba dan Zac Efron.

Kempen ini bertujuan bagi membolehkan pelancong global untuk meletakkan diri mereka dalam pengembaraan sinematik yang dipamerkan.

Difilemkan oleh pemenang anugerah Director Guild, Craig Gillespie, kempen ini menampilkan sebuah siri filem pendek yang akan membawa penonton melihat pemandangan dan lokasi menarik di kota Dubai.

zac

Bertemakan genre aksi, kempen ini menampilkan Alba dan Efron sebagai tunjang utama dalam siri ini.

Oleh kerana Dubai terus membuka pintu kepada pasaran global, kota ini sedia untuk menyambut pengunjung dan menyediakan sebuah percutian berkualiti yang lengkap dengan pengembaraan, percintaan dan budaya.

tourism

Issam Kazim, ketua eksekutif Dubai Corporation for Tourism & Commerce Marketing berkata, beliau berasa sangat gembira melancarkan kempen Dubai Presents terbaru ini.

“Melalui kempen iklan global ini, ianya akan memperlihatkan Dubai sebagai sebuah kota yang meraikan budaya lebih dari 200 kewarganegaraan dan memberikan pelbagai pengalamn menarik untuk seisi keluarga.

“Ianya sekaligus dapat memperkuatkan lagi profilnya sebagai lokasi percutian terbaik di dunia untuk didiami, bekerja dan dilawati,” katanya.

tourism

Memang style la iklan Dubai Tourism kali ni, dah macam tengok trailer movie pun ada.

Selain daripada tarikan pelakon terkenal Hollywood, jalan penceritaan dan lokasi pengambaran yang diambil sangat-sangat memukau mata yang melihatnya.

Terus terasa macam nak bercuti ke Dubai esok!

 

[Sumber]: breakingtravelnews

 

Baca: Dubai Bakal Anjur Ekspo Pelancongan Terbesar Dunia Oktober Ini

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *