Rakyat Filipina Terima Diskaun & Makanan Percuma Sekiranya Sudah Divaksin

Type to search

Backpackerz Insider

Rakyat Filipina Terima Diskaun & Makanan Percuma Sekiranya Sudah Divaksin

Share

Masyarakat hari ini dilihat kurang yakin terhadap vaksin COVID-19 walaupun ianya telah mula diedarkan di seluruh dunia pada tahun ini.

Meskipun diberikan secara percuma, rata-rata rakyat di Filipina masih lagi berwaspada dan was-was terhadap vaksin yang diterima.

filipina

Keraguan masyarakat terhadap vaksin telah dikenal pasti sebagai masalah utama dengan hasil tinjauan pada bulan Februari 2021 oleh Pulse Asia menunjukkan bahawa 6 daripada 10 rakyat Filipina tidak ingin divaksin.

Bagi memupuk kepercayaan dan keinginan masyarakat, kumpulan perniagaan swasta di sana telah bersetuju untuk memberikan ganjaran makanan dan diskaun percuma di restoran masing-masing buat mereka yang sudah menerima vaksin.

filipina

Untuk menebus ganjaran, orang ramai perlu menunjukkan kad vaksinasi COVID-19 serta kad pengenalan yang sah di mana-mana restoran yang berdaftar.

Berikut merupakan antara restoran yang mengambil bahagian pada program ini:

 

  • Manam Comfort Filipino
  • Macao Imperial Tea
  • 8 Cuts Burgers
  • Banapple
  • K-Pub BBQ
  • McDonald’s
  • Mang Inasal
  • NIU by Vikings
  • Potato Corner
  • Cebu’s Best Rico’s Lechon
  • Coffee Bean and Tea Leaf
  • Scout’s Honor
  • Red Ribbon
  • Tim Ho Wan
  • Hawker Chan

Tawaran ganjaran COVID-19 ini mula berkuatkuasa pada bulan ini sehingga 31 Ogos 2021.

Satu usaha yang sangat bagus ditunjukkan pengusaha restoran di sana dan dalam masa yang sama, diharap ia juga dapat membantu mereka untuk kembali berniaga dan ‘bernafas’ semula.

Kalau la perkara sama dilakukan di negara kita, confirm McDonald’s paling laris kan?

 

Sumber: interaksyon

 

Baca: agensi pelancongan Thailand tawar pakej percutian berserta vaksin ke America
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!