Traveller Wajib Follow 6 Group Facebook Ini Untuk Dapatkan Ilmu Pelancongan & Aktiviti Lasak );

Type to search

Backpackerz Insider Tips

Traveller Wajib Follow 6 Group Facebook Ini Untuk Dapatkan Ilmu Pelancongan & Aktiviti Lasak

Share
facebook

Nak melancong pun kena ada ilmu dan sekurang-kurangnya ada panduan untuk ke satu destinasi. Jadi, kebiasaanya, pengguna media sosial banyak akan join group Facebook untuk mendapatkan tips dan ilmu mengembara. 

Boleh je nak redah tapi elok kalau kita study sikit mengenai tempat yang kita nak pergi tu.

BACA JUGA: Kaki Wayang Alert! 5 Filem Best Yang Wajib Korang Tonton Tahun 2022

Backpackerz

Eh, sebelum tu jangan lupa join group Backpackerz di Facebook. Backpacker mempunyai lebih 500 ribu pengikut. Group ini penuh dengan informasi, inspirasi dan gambar-gambar menarik semasa melancong.

Group Facebook ini juga buat perkongsian mengenai budaya, pengalaman adventure dan makanan lokal.

Backpackerz keluarkan majalah, The Ultimate Travel Magazine yang menceritakan kisah dunia pengembaraan dan percutian merentasi dunia.

Jom follow Instagram Backpackerzmag!

Malaysian Backpackers Club (MBC)

MBC ditubuhkan pada 2009, Facebook MBC mempunyai 70k pengikut. Kepada yang suka travel boleh join group ini sebab banyak maklumat yang korang boleh dapat. Ramai juga yang berkongsi maklumat perjalanan, tips atau petua semasa melancong.
Group ini aktif dengan perbincangan perjalanan dan aktiviti. Tetapi di page MBC ini ahli group tidak boleh mengikankan apa-apa perniagaan.

Group MBC ini juga mengingatkan bahawa tujuan group ini hanya berkongsi maklumat dan tidak bertanggungjawab jika mempunyai kesalahan maklumat yang dikongsikan. MBC pun ada Instagram tau, jom tengok!

[SUMBER: LOBAK MERAH]

Hiking & Camping Around Malaysia

Group ini mempunyai 440k pengikut. Jangan risau, page Hiking & Camping Around Malaysia di Facebook adalah public!
Korang boleh share gambar, segala maklumat mendaki, tips atau apa sahaja yang berkaitan mendaki.
Jangan lupa share gambar pemandangan di puncak semasa mendaki nanti!

Travel Buddies Malaysia

Facebook page ini Private, so korang kena request dulu. Ahli dalam group ini seramai 33k yang telah diwujudkan sejak 2013 lagi.
Siapa yang tiada partner untuk travel, group ini sangat sesuai untuk mencari travel buddy, travel partner, mountaineer atau travel friends dari seluruh dunia!
Sambil dapat informasi, dapat juga kawan baru.

Adventure Touring Malaysia (AtM)

Dengan cogan kata ‘Sumber Informasi Kembara Anda’ informasi dalam group ini termasuk begpacker, basikal, motosikal, kereta, van dan 4wd.

Mempunyai pengikut seramai 97k dan tidak mewakili mana-mana NGO. Selaga syarat sudah ditulis dalam page tersebut.

Backpackers Buddies Malaysia (BBM)

Backpackers Buddies Malaysia (BBM) mempunyai pengikut seramai 7343k. BBM sangat mengalu-alukan kepada mereka yang suka menggembara dan melakukan aktiviti lasak termasuk menyusuri laut, mendaki gunung, kembara secara berkumpulan atau solo, berbasikal dan berkongsi cerita.

Group BBM berkongsi informasi dalam dan luar negara. Ia juga bukan pertubuhan atau NGO tetapi lebih kepada berkongsi ilmu.

We Travel, We Share The Stories.
BBM pun ada Instagram tau, korang boleh follow.


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!