Dolce Hanoi Golden Lake - Hotel Bersalut Emas Pertama Di Dunia );

Type to search

Backpackerz Insider

Dolce Hanoi Golden Lake – Hotel Bersalut Emas Pertama Di Dunia

Share
hanoi

Sebuah hotel di Vietnam, Dolce Hanoi Golden Lake telah diiktiraf sebagai hotel pertama di dunia yang disaluti dengan emas, bukan sahaja di dalam, malah di bahagian luar juga sama.

Permukaan luar kediaman hotel itu disaluti dengan jubin berlapiskan emas 24 karat yang berkeluasan 5,000 kaki perrsegi manakala di dalamnya juga dipenuhi dnegan kemasan berwarna emas, dari siling, pintu elevator, mangkuk tandas, tab mandi, suis elektrik hinggalah ke dekorasi-dekorasi lain.

Pembinaan hotel yang terletak di Tasik Giang Vo di daerah Ba Dinh itu telah mengejutkan ramai penduduk tempatan yang melalui kawasan tersebut itu dengan jubin berlapis emasnya yang berkilauan dari pagi hingga malam.

Walaupun hotel yang mempunyai bilik atau aksesori berlapiskan emas bukanlah sesuatu yang baru di dunia, menggunakan jubin berlapis emas adalah sesuatu yang jarang dilakukan.

Hotel apartment 6 bintang pertama yang bersalut emas 24 karat itu pertama kali dibuka kepada pengunjung tahun lepas.


BACA JUGA: Ini 3 Sebab Kenapa Tak Boleh ‘Off’ Lampu Bilik AIr Jika Menginap di Hotel


Hotel setinggi 25 tingkat ini pastinya akan membuatkan korang berasa teruja dan takjub kerana menampilkan rekaan berasaskan emas bermula dari sinki hingga ke bumbung kolam renangnya.

Dengan pusat gim yang serba lengkap dengan jurulatih profesional yang percuma untuk semua tetamu, hotel ini bertujuan untuk memberikan pengalaman mewah kepada pengunjung.

Hotel Dolce Hanoi menggunakan 5,000 kaki persegi seramik dan menawarkan bilik berharga £250 (RM1,334.92) untuk semalam.

Hotel yang dibina di Tasik Giang Vo itu turut menyediakan unit apartment berharga £5,200 (RM27,766.36) bagi setiap meter persegi.

[Sumber: Lonely Planet]

Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!