Hotel Angkasa Lepas Pertama di Dunia Dibuka Pada Tahun 2027 );

Type to search

Backpackerz Insider

Hotel Angkasa Lepas Pertama di Dunia Dibuka Pada Tahun 2027

Share
hotel angkasa lepas

Ketika pandemik ini, kenapa ramai orang berangan mahu travel ke Kota Kinabalu mahupun ke Pantai Bali, sedangkan kita semua berpeluang untuk bercuti di hotel angkasa lepas lagi 5 tahun?

Hotel angkasa lepas yang pertama, Stesen Voyager, bertujuan untuk dibuka pada tahun 2027. Ia boleh menampung 280 tetamu dan 112 anak kapal.

Projek ini sedang dirancang oleh Orbital Assembly Corporation (OAC), sebuah syarikat pembinaan yang dikendalikan oleh John Blincow. Stesen angkasa lepas ini akan menjadi projek major pertama OAC, dan stesen angkasa komersial pertama dengan graviti buatan.

space hotel
space hotel

Pembinaan kemudahan Voyager seluas 50,000 meter persegi akan dimulakan pada tahun 2026, dan OAC bertujuan untuk menyambut penumpang pertama ke hotel pada tahun 2027.

Bayangkan, dapat melihat pemandangan alam semesta di tingkap bilik hotel. Seperti yang dilihat dalam filem, mesti terasa semua itu hanya mimpi.

space hotel

Artikel Berkaitan: ‘Dark Tourism’ – Destinasi Pelancongan Rumah Hantu  ‘Agnes Keith House’ di Sandakan

OAC juga merancang untuk menyajikan ‘space food’ tradisional seperti ais krim freeze dried, sementara mereka juga akan bina ruang rekreasi untuk aktiviti seperti bola keranjang, untuk memanfaatkan kelebihan berat badan di ruang angkasa.

Ia akan menampilkan semua kemudahan mewah seperti restoran michelin, bar, pawagam, gym, tempat lounge tengok bumi, tempat konsert, dan juga spa.

Hotel angkasa lepas ini menampilkan bentuk rekaan berputar yang unik untuk hasilkan graviti buatan yang akan ditetapkan sama dengan graviti di bulan. Voyager ini akan berlayar keliling bumi setiap 90 minit.

space hotel

Tetamu hotel boleh check-in masuk ke hotel Voyager ini dengan mudah tanpa ada latihan angkasawan.

Harga bilik belum diumumkan secara rasmi lagi, tetapi OAC berharap suatu hari akan membuat harganya serupa dengan tiket kapal Cruise.

Jadi gais, ada bran nak cuba hotel kat angkasa lepas ini jika sudah rasmi sepenuhnya?

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!