30 Tahun Beroperasi, Hotel Holiday Villa Subang Jaya Tutup );

Type to search

Backpackerz Insider Stay In

Lebih 30 Tahun Beroperasi, Hotel Holiday Villa Subang Jaya Tutup

Share

Mungkin orang-orang sekitar Selangor atau Subang Jaya tahu kewujudan Holiday Villa Hotel & Conference Centre Subang Jaya yang terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Ramai juga yang terkejut setelah mendapat tahu hotel berkenaan berhenti beroperasi secara rasmi bermula 1 Oktober 2021.

BACA JUGA: Nak Cuba Travel Solo Kali Pertama? Jom Pusing Selangor Dulu!

Menurut laporan New Straits Times, hotel ini mendapat sambutan hebat dengan pelanggan dan pengunjung yang tiba dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau dikenali dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Namun, perniagaan menurun sejak adanya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibuka di Sepang.

Pemaju dan pemilik hartanah, IJM Land Berhad mengatakan tidak bercadang untuk menjual hotel tersebut kerana ia terletak di kawasan tanah berharga di lokasi utama. Untuk menyelamatkan tapak hotel tersebut, mereka akan mencari peneroka lain untuk meningkatkan nilai hartanah.

IJM mempunyai alasan sendiri mengapa tidak menjual hotel tersebut kerana pihak IJM menjangkakan tapak hotel berkenaan akan mendapat nilai yang maksimum pada masa yang akan datang.

Hotel Holiday Villa mempunyai 383 bilik, 9 restoran, 15 bilik mesyuarat. 3 dewan tarian dan rangkaian lengkap dengan kemudahan sukan dan rekreasi.

Selepas 33 tahun beroperasi, pasti memberi kesan kepada ramai pengunjung yang pernah berkunjung atau bermalam di hotel ini.

 

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel anda pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!