Indonesia Sedia Buka Sempadan Untuk Pelancong Antarabangsa Mulai Julai Ini );

Type to search

Asean Backpackerz Insider

Indonesia Sedia Buka Sempadan Untuk Pelancong Antarabangsa Mulai Julai Ini

Share
Borobudur, Indonesia

Indonesia akan membuka beberapa destinasi pelancongan, termasuk Bali, bermula Julai hadapan dalam usaha untuk melonjakkan kembali industri pelancongannya yang suram.

Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata sebahagian sempadan negara akan dibuka kembali dengan beberapa lokasi seperti Bali, Batam dan Bintan akan dijadikan ‘wilayah lokomotif’ yang akan menghidupkan kembali ekonomi pelancongan untuk seluruh negara.

Kementerian Pelancongan negara itu dalam satu kenyataan berkata, rancangan berkenaan akan diteruskan “jika wabak COVID-19 ditangani seperti yang diharapkan”.

“Sebagai persiapan, kerajaan telah melakukan program vaksinasi yang meluas untuk kelompok bersasar, termasuk tenaga kerja pelancongan,” kata kenyataan itu.

“Selain itu, kerajaan juga telah memulakan program pengesahan Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan, dan Kelestarian Persekitaran di seluruh sektor pelancongan di Indonesia.”

Pengumuman itu dilakukan di sebuah acara industri pelancongan, Arabian Travel Market (ATM) Dubai 2021, yang dihadiri oleh kira-kira 200 negara secara maya dan juga fizikal.

“Dengan mengambil bahagian dalam ATM Dubai 2021, acara global terkemuka pelancongan, kami menunjukkan bahawa Indonesia yakin dapat mempertahankan posisinya sebagai destinasi bertaraf dunia,” kata timbalan menteri bagi pemasaran pelancongan, Nia Niscaya.

Indonesia

Bali

Sumber: NZ Herald
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!