Indonesia Bakal Perkenal Syarikat Penerbangan ‘Kos Tambang Rendah’ Yang Dipanggil ‘Super Air Jet’ );

Type to search

Asean Backpackerz Insider

Indonesia Bakal Perkenal Syarikat Penerbangan ‘Kos Tambang Rendah’ Yang Dipanggil ‘Super Air Jet’

Share

Hasil kerjasama bersama syarikat Lion Air Group, operasi penerbangan Super Air Jet telahpun diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan Indonesia.

Syarikat penerbangan ini akan bermula dengan tiga pesawat Airbus SE A320 yang merangkumi 180 tempat duduk dan akan memberi tumpuan kepada pasaran domestik dan milenium.

Syarikat penerbangan itu sudah memiliki tiga dari A320-200s dalam armadanya dan pendaftaran jet berkenaan adalah seperti berikut:

  • PK-SAJ
  • PK-SAT
  • PK-SAV

indonesia

Ketiga-tiga jet itu dikonfigurasi untuk menempatkan 180 penumpang dalam susun atur ekonomi dan secara kolektif mempunyai usia rata-rata sekitar sembilan setengah tahun.

Hanya beroperasi di peringkat domestik dan milenium, ianya diharap dapat merancakkan lagi sektor pelancongan dalam negara yang difahamkan kian merudum semenjak wabak COVID-19 melanda dunia.

Bagi pasaran promosi, syarikat penerbangan berkenaan tampil dengan imej menarik melalui kru kabin yang akan mengenakan tema warna ‘cream edgy’ dan dilengkapi dengan seluar kargo dan kasut putih.

indonesia

Satu usaha yang baik ditunjukkan oleh Kementerian Pengangkutan Indonesia dalam menyokong penuh pembentukan syarikat penerbangan baru ini.

Jika di Malaysia, ianya boleh disamakan dengan syarikat penerbangan kos tambang murah AirAsia Berhad.

indonesia

Diharap ianya mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Indonesia dan sekaligus, menyumbang pada sektor pelancongan negara  mereka.

Tatkala wabak COVID-19 yang masih membelenggu ketika ini, ianya merupakan satu langkah bijak yang diambil pihak kementerian di sana.

 

Sumber: theedgemarkets

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!