Indonesia Sekat Pelancong Luar, Elak Varian Omicron Tersebar );

Type to search

Backpackerz Insider Stay In

Indonesia Sekat Pelancong Luar, Elak Varian Omicron Tersebar

Share

Varian Omicron semakin menular, Indonesia mengambil langkah berjaga-jaga dengan pantas apabila mengenakan sekatan pelancong dari lapan negara Afrika berkuatkuasa pada hari Ahad.

Bagaimanapun, Indonesia telah menyekat empat buah negera iaitu Angola, Hong Kong, Malawi dan Zambia sebagai langkah berjaga-jaga daripada varian tersebut.

BACA JUGA: 3 Kali Ganda Lebih Besar Dari New York, Arab Saudi Bakal Bina Bandar Terapung Terbesar Dunia

Menurut Direktorat Jenderal Imigresen Indonesia, sekatan tersebut juga dikenakan kepada pelancong yang pernah mengunjungi negara Afrika Selatan, Botswana, Namibia, Zimbabwe, Lesotho, Mozambique, Eswatini dan Nigeria dalam masa 14 hari lalu.

Ketua Perhubungan Awam dan Hal EHwal Umum, Arya Pradhana Anggakara berkata berkaitan dengan sekatan pelancong dari negara tersebut, visa lawatan dan visa perjalanan terhad dihentiakan kecuali bagi perwakilan ke mesyuarat G20 di Bali.

[SUMBER: ASTRO AWANI]

Menteri Penyelaras, Luhut Pandjaitan tempoh wajib kuarantin untuk pelancong antarabangsa dilanjutkan sehingga seminggu berbanding tiga hari.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Siti Nadia Tarmizi berkata, walaupun varian baru belum dapat dikesan di Indonesia tetapi kementerian sedang menjalankan pemantauan yang rapi melalui analisis penjujuka genom.

Kerajaan Indonesia membuat sekatan mobiliti awam tahan tiga (sederhana) dikenali sebagai PPKM di seluruh negara sepanjang tempoh cuti Krismas dan tahun baru.

Selain itu, kerajaan juga membekukan cuti penjawat awam untuk mengurangkan menyebaran virus COVID-19 ketika cuti perayaan tersebut.

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel anda pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!