Istana Drakula Di Transylvania Tawar Vaksin Percuma, Siap Dapat 'Diploma Vaksin' Lagi!

Type to search

Backpackerz Insider

Istana Drakula Di Transylvania Tawar Vaksin Percuma, Siap Dapat ‘Diploma Vaksin’ Lagi!

Share
Istana drakula

Istana Bran yang terletak di Transylvania, Romania – atau lebih dikenali sebagai Istana Drakula – baru-baru ini mengumumkan rancangannya untuk memberi vaksin kepada semua pelawat yang berkunjung ke situ.

Istana berkenaan telah melancarkan pusat vaksinasi Covid-19 untuk warga tempatan yang berminat untuk mendapatkan vaksin percuma, tanpa temu janji, setiap hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad bulan ini.

Kempen tersebut bertujuan untuk menarik orang ramai untuk berkunjung ke istana tersebut, selain memastikan lebih ramai orang menerima vaksin bagi membentuk kelompok imuniti.

Bukan hanya pusat vaksinasi biasa, ia akan mengikut tema drakula yang menjadi imej istana berkenaan. Para petugas vaksin akan mengenakan pakaian yang ditampal dengan pelekat taring drakula.

“Kami ingin menunjukkan kepada orang ramai cara lain untuk mendapatkan jarum (vaksin),” kata Alexandru Priscu, pengurus pemasaran di Bran Castle, kepada The Associated Press.

Menurut Alexandru, mereka yang mendapatkan suntikan vaksin di istana berkenaan akan menerima ‘diploma vaksinasi’ yang unik daripada pihak istana.

“Selain diploma, mereka boleh masuk secara percuma ke ruang penyiksaan istana, yang memiliki 52 alat penyiksaan abad pertengahan,” katanya.

Kempen tersebut merupakan salah satu siri inisiatif kerajaan untuk mempercepat kempen inokulasi negara-negara Kesatuan Eropah yang mempunyai populasi lebih daripada 19 juta penduduk.

Kerajaan Romania berharap dapat mencapai jumlah vaksinasi seramai 5 juta orang menjelang 1 Jun ini untuk kembali kepada kehidupan normal.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!