Jejaka Malaysia Ini Ditaja Syarikat Airbnb Untuk Melancong Ke Mana Sahaja Selama Setahun );

Type to search

Backpackerz Insider

Jejaka Malaysia Ini Ditaja Syarikat Airbnb Untuk Melancong Ke Mana Sahaja Selama Setahun

Share

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

Peribahasa ini sangat sesuai diungkapkan buat Jejaka yang berasal dari Sabah ini apabila bakal ditaja sepenuhnya syarikat Airbnb untuk melancong ke mana sahaja selama setahun.

Ianya berikutan beliau merupakan antara 12 pemenang yang terpilih untuk peraduan ‘Live Anywhere’ di Airbnb.

syarikat

Lebih mengujakan, beliau juga dibenarkan untuk membawa keluarganya bersama sepanjang tempoh percutian itu berjalan.

Colin Mukri, 30 merupakan seorang pereka, penerbit filem, dan penulis lagu dari Tawau yang telah berpindah ke South Carolina ketika berusia 19 tahun dan difahamkan, sejak 2017 beliau belum pernah ke Malaysia.

syarikat

“Sejak saya mula bekerja sepenuhnya dari jauh, saya sering terfikir untuk membawa Meg dan anak-anak bersama,”

“Kami memutuskan untuk menyisihkan wang setiap bulan untuk dapat menampung kehidupan di tempat lain selama sebulan setiap tahun,”

“Oleh itu, ketika saya menemui program Live Anywhere on Airbnb, saya tidak percaya bahawa program itu ada! Keinginan untuk merasai keindahan dunia bersama-sama sebagai sebuah keluarga telah menarik minat saya untuk menyertainya,” katanya.

Sepanjang tempoh percutian, para pemenang diminta untuk berkongsi pandangan mereka dengan Airbnb bagi membantu syarikat merancang penginapan jangka panjang di masa depan atau sebarang peningkatan lain yang dapat digunakan oleh platformnya. 

syarikat

Difahamkan, Colin sekeluarga merancang untuk mengelilingi Eropah dan New Zealand sementara di Malaysia pula, mereka bercadang untuk bercuti di Kapalai ataupun di daerah Kundasang, Sabah.

Sebagai rakyat Malaysia, lokasi dan tarikan makanan sentiasa menjadi tumpuan utama.

Selain daripada tarikan makanan di Sabah, Pulau Pinang juga merupakan antara lokasi lain yang ingin kami kunjungi kerana ibu saya berasal dari Tanjung Bunga dan kami banyak menghabiskan masa di sana.

syarikat

Penulis yakin mesti ramai yang mencemburui pakej percutian yang dimenangi oleh Colin kan? Manakan tidak, percutian kemana sahaja selama setahun ditaja pula tu!

Apa-apa pun, diharap beliau mampu mendatangkan impak positif pada syarikat Airnb dalam meningkatkan lagi ciri dan penambahbaikan di platform berkenaan.

 

Sumber: coconuts

 

Baca: Hotel Angkasa Lepas Pertama Dunia Dibuka Pada Tahun 2027
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!