Jembatan Akar - Rasai Pengalaman Seperti Dalam Magika Jika Singgah Ke Jambatan Unik Ini );

Type to search

Backpackerz Insider

Jembatan Akar – Rasai Pengalaman Seperti Dalam Magika Jika Singgah Ke Jambatan Unik Ini

Share
jambatan

Jambatan unik yang terbentuk secara semula jadi dari akar pokok beringin ini terletak di Barat Sumatera, Indonesia.

Mengambil masa selama 30 tahun untuk terbentuk, siapa sangka akan menjadi sangat mengagumkan dan salah satu khazanah dunia yang paling unik.

Hingga kini, jambatan tersebut telah menjadi tarikan pengunjung yang datang ke mari untuk merasai sendiri pengalaman berjalan di atasnya.


BACA JUGA: Istimewa di Gunung Bromo, Indonesia, Kopi Dibancuh Guna Gerudi


Penduduk tempatan menggelar jambatan tersebut sebagai ‘Jembatan Akar’. Jambatan sepanjang 30 meter yang terletak di Sungai Batang Bayang ini menghubungkan dua perkampungan kecil di Indonesia.

Jarak ke Jembatan Akar dari Kota Padang adalah 85 km, jadi jika menaiki kenderaan memakan kira-kira 2 atau 3 jam untuk sampai ke sini.

Jambatan unik yang kelihatan seperti akar itu terjalin secara semula jadi itu sebenarnya ada kisah unik disebaliknya.

Pokok Beringin Ini Ditanam Oleh Seorang Guru Tempatan

Pada tahun 1890, seorang guru bernama Pakih Sohan menyedari bahawa anak-anak muridnya akan lebih cepat sampai ke sekolah sekiranya mereka dapat menyeberangi sungai tersebut.

Lantaran daripada itu, Cikgu Pakih ini telah meletakkan buluh sebagai jambatan.

Kemudian, Cikgu Pakih menanam pokok beringin seperti yang dilihat pada hari ini. Apabila pokok beringin di kedua-dua sisi sungai itu mulai membesar, akar-akarnya mula berjuntai di dalam air lalu Cikgu Pakih melilitkan akar-akar pokok beringin tersebut sehingga membentuk jambatan.

Proses pembentukan jambatan tersebut mengambil masa selama 26 tahun sebelum benar-benar cukup kuat untuk digunakan oleh orang ramai.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, akar pokok tersebut tumbuh kuat dan panjang.

Walaupun kisah ini dianggap mitos oleh penduduk setempat, kita dapat merasai sendiri bagaimana pengorbanan seorang guru untuk melihat anak-anak muridnya dapat cepat sampai ke sekolah.

Destinasi tarikan pelancong

Kini, kabel logam dan papan diletakkan sebagai penyokong tambahan untuk jambatan tersebut dan dapat digunakan hingga kini.

Ia juga menjadi salah satu destinasi pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang untuk rasai sendiri pengalaman menggunakan jambatam akar yang terkenal ini.

Bukan itu sahaja, kejernihan air di Sungai Batang juga dapat dinikmati seolah-olah anda akan berada dalam dunia Magika.

Jika ada peluang ke sini, jangan lupa snap gambar yang banyak ya gais!

[Sumber: Mongabay Travel]

Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!