Jom Jalan-Jalan Di Pantai Area Selangor Dan Berehat! );

Type to search

Backpackerz Insider

Jom Jalan-Jalan Di Pantai Area Selangor!

Share

Sejak boleh rentas daerah ni, ramai pula yang dah mula ramai di kawasan tarikan pelancong dalam negeri!

Inilah masanya untuk mengenali tempat pelancongan di daerah sendiri.

Ramai antara kita tidak pernah bercuti dan berjalan pun ke tempat pelancongan dalam daerah sendiri.

Artikel hari ini, khas untuk orang Selangor! Sementara hanya boleh rentas daerah, jom tengok pantai yang korang boleh berehat dan lepak bersama keluarga.

Sky Mirror

Fenomena Sky Mirror atau ‘Salar de Uyuni‘ adalah kejadian air pantai surut dan permukaan air memancar atau memantul pemandangan langit seperti cermin.

Kejadian semula jadi ini berlaku di Kuala Selangor. Pengunjung perlu berjalan kaki kira-kira 15 minit dari Kampung Sasaran, Kuala Selangor.

Bagi peminat fotografi, inilah tempat paling sesuai untuk anda menghabiskan masa menikmati keunikkan Sky Mirror.

Diingatkan kepada pengunjung, untuk menyaksikan panorama ini, pastikan anda membawa bekal air dan roti kerana kawasan perkampungan di kawasan ini susah untuk mendapatkan restoran makanan Melayu.

Tidak lupa juga, untuk melihat kejadian ‘Salar de Uyuni‘ ini dikenakan bayaran.

Pantai Morib

Untuk bersantai dan berehat, Pantai Morib antara pantai yang popular untuk dikunjungi bersama keluarga. Mempunyai pokok kelapa dan barisan pokok Casuarina di sepanjang pantai.

Pantai Morib dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas, taman permainan, gerai makanan dan arena gasing tradisional. Memang sangat sesuai untuk keluarga!

Pantai Bagan Lalang

Di pantai ini juga menjadi tempat tumpuan orang ramai kerana ada tempat untuk kaki pancing di sekitar pantai ini.

Selain itu, Pantai Bagan Lalang mempunyai penginapkan menarik seperti homestay, chalet dan resort.

Pantai Redang

Diulangi, Pantai Redang bukan Pulau Redang tau! Pantai Redang terletak di Sekinchan.

Apa yang istimewa di Pantai Redang adalah mempunyai restoran makanan laut. Aktiviti menangkap ketam pun ada.

Selain itu, di Sekinchan juga ada sawah padi yang terbentang luas. Anda boleh melawat dan bergambar di sana!

Pantai Tanjung Rhu

Sebelum sampai di Pantai Tanjung Rhu, korang akan lalu di Pulau Carey dahulu.

Tiba di Pulau Carey, korang perlu berjalan ke Pantai Tanjung Rhu lebih kurang 10 hingga ke 15 minit.

Pantai Tanjung Rhu mempunyai pasir putih sepanjang 2.5 kilometer dan menjadi tempat pelabuhan nelayan yang menetap di Pulau Carey.

Korang juga boleh singgah dan melawat Pualau Carey yang menjadi kawasan penempatan masyarakat orang asli Mah Meri yang masih mengamalkan cara hidup tradisional.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!