Ketahui 6 Tempat Bersejarah Di Taman Sari Jogja );

Type to search

Adventure Asean Backpackerz Feast Insider

Ketahui 6 Tempat Bersejarah Di Taman Sari Jogja

Share

Siapa pernah pergi Yogyakarta, Indonesia mesti teringat tempat-tempat yang menarik di sana seperti Kuil Borobudur, Jalan Malioboro, Kuil Prambanan, Taman Negara Kalibiru dan banyak lagilah!

Tapi jangan lepaskan peluang anda untuk singgah di Taman Sari Jogja! Ia merupakan destinasi yang wajib anda pergi ketika di Yogyakarta. Taman Sari Jogja erletak di Keraton yang termasuk sebahagian daripada Istana Yogyakarta dan termasuk dalam warisan budaya.

BACA JUGA: Makan Sosej Boleh Pendekkan Umur Sebanyak 36 Minit?

Sebagai tempat warisan budaya, untuk masuk ke taman ini dikenakan bayaran sebanyak IDR 5,000 atau lebih kurang RM1.50. Murahnya! Di dalam kawasan taman juga mempunyai pakej pengambaran juga dikenakan bayaran.

Taman Sari dibuka setiap hari 10.00 pagi hingga 4.00 petang waktu Malaysia.

[SUMBER: SUARA BALI]

Pintu Besar Tamansari

Ini adalah pintu gerbang masuk Taman Sari. Pembinaan bangunan ini berkonsepkan flora dan sayap burung.

Sejarah bangunan ini adalah tempat persinggahan diraja sultan dan ahli keluarga mereka.

Pentas Gedhong Gapura

Di sini adalah pintu masuk utama istana. Pentas Gedhong Gapura adalah bangunan dua tingkat di mana tempat sultan melihat persembahan tarian dan muzik gamelan.

Ia juga adalah tempat sultan dan isteri-isterinya berhias serta bersiap.

Reka bentuk bangunan ini sangat unik dan penuh dengan kesenian hiasan sarap burung dan ukiran ular di sekeliling bangunan.

Telaga Gumuling

Sejarah Telaga Gumiling adalah tempat ibadat atau masjid yang dibina dengan dua tingkat dalam bentuk 360 darjah.

Reka bentuk 360 darjah dibina kerana apabila azan, suara imam akan bergema kuat seluruh bangunan.

Bangunan Kenongo

Bangunan Kenongo merupakan tempat tertinggi di Taman Sari dengan ketinggian dua hingga empat meter.

Dahulunya dijadikan tempat Sultan bersantap. Selain daripada itu, Bangunan Kenongo adalah tempat untuk menikmati pemandangan matahari terbenam.

Pesanggrahan

Tempat ini digunakan oleh sultan bertakafur dan membentangkan strategi peperangan.

Di bahagian dalam Pesanggrahan, dijadikan tempat penyimpan baju besi, senjata dan tempat mencuci keris.

Kolam Taman Sari

Kolam Taman Sari mempunyai tiga buah kolam yang mempunyai kegunaan yang berlainan. Ketiga-tiga kolam ini juga mempunyai nama yang berbeza.

Setiap kolam dikhaskan kegunaan oleh raja, puteri raja dan gundik-gundik raja.

Umbul Kawitan adalah kolam untuk puteri raja, Umbul Pamuncar untuk gundik dan untuk raja adalah Umbul Panguras.

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!