Ini 3 Sebab Kenapa Tak Boleh 'Off' Lampu Bilik Air Jika Menginap di Hotel );

Type to search

Backpackerz Insider

Ini 3 Sebab Kenapa Tak Boleh ‘Off’ Lampu Bilik Air Jika Menginap di Hotel

Share
hotel

Hotel merupakan pilihan utama bagi kebanyakan orang jika pergi travel.

Untuk kekal bertenaga dan cergas, tubuh badan kita harus tidur sekali dalam tempoh 24 jam.

Jadi, jika kita pergi ke sesuatu tempat yang juah, kita perlukan tempat untuk bermalam dan hotel merupakan pilihan yang mudah.

Anda mesti tertanya-tanya mengapa ada sebab kita perlu memasang lampu bilik air ketika menginap di hotel?

BACA JUGA: [VIDEO] ‘Check-In’ Hendak Cepat, Bila Keluar Teruk Betul Tinggalkan Bilik Hotel Bersepah, Kotor

Walaupun ramai yang nasihatkan, tidak elok biarkan lampu terpasang ketika sedang tidur. Ada 3 sebab mengapa harus membiarkan lampu terpasang.

1. Sebagai persediaan untuk keluar jika berlaku sesuatu

Jika berlaku kemalangan yang tak dijangka atau untuk melihat sesiapa yang masuk ke dalam bilik hotel kita, cahaya dari bilik air dapat membantu kita.

Jadi, kita akan dapat membuat persediaan dalam masa yang singkat jika ada orang asing cuba pecah masuk ataupun dapat mencari jalan keluar jika ada berlaku kemalangan seperti kebakaran.

2. Untuk keselesaan dan keselamatan jika ingin menggunakan tandas pada malam hari

Ketika menginap di hotel, kebiasaannya pada waktu malam kita mudah terbangun kerana ingin ke tandas.

Oleh kerana kita bangun dalam keadaan mamao dan mengantuk, lampu yang dipasang akan memudahkan kita untuk terus ke tandas tanpa perlu mencari suis lampu.

3. Lebih nyenyak tidur

Menurut kajian, lampu bilik yang terpasang sepanjang malam dapat membuatkan kita tidur lebih nyenyak.

Ini kerana, lampu bilik air yang redup dan jauh dari tempat tidur tidak akan membuat kita terganggu.

Malah, tubuh akan berasa lebih relax dan tidak terganggu jika berada di tempat baru.


Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!