4 Langkah Atasi Aerophobia atau Fobia Kapal Terbang );

Type to search

Airlines Backpackerz Insider

4 Langkah Atasi Aerophobia atau Fobia Kapal Terbang

Farhana Syahirah
Share

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pesawat kapal terbang terhempas di Indonesia dan sedikit sebanyak telah mencetuskan rasa fobia yang tinggi untuk mereka yang memang takut untuk terbang atau aerophobia.

Fobia kapal terbang yang dikenali sebagai Aerophobia ini boleh menyebabkan serangan panik dan trauma bagi sesetengah orang kerana cetuskan pemikiran yang menakutkan kerana banyak faktor.

Jadi, artikel ini akan berkongsi 4 langkah untuk atasi aerophobia ini dengan cadangan dari pakar psikologi untuk bantu lawan bersama jika di masa akan datang anda harus menaiki kapal terbang.


Langkah 1: Jom ubah persepsi!

Tak apa kalau takut untuk naik kapal terbang, apa yang lebih penting adalah cara anda bertindak balas dengan persepsi dalam diri untuk berfikir dengan positif dan sihat.

Kebanyakan orang mempunyai ‘anxiety’ akan biarkan ketakutan mereka dengan mencengkam tempat duduk, ingat kembali simulator pramugari ataupun analisis situasi cemas.

Untuk atasi ketakutan ini, kita buat perkara yang sebaliknya untuk alihkan perhatian yang mencetuskan aerophobia anda. Baca majalah, menonton filem, mendengar muzik atau bercakap dengan kawan di sebelah.

Dengan cara ini, ia membantu anda melepaskan ketegangan otot secara sedar. Dengan senyuman di muka pun sudah dapat mengubah keseluruhan emosi.


Langkah 2: Jangan Ubat Diri Sendiri

Jika anda kerap menaiki kapal terbang dan konsistern menggunakan ubat tidur atau bahan-bahan lain untuk tenangkan diri sendiri, ia hanya memburukkan lagi keadaan anda.

Ini disebabkan rasa takut anda akan semakin bertambah dari semasa ke semasa kerana mengharapkan bantuan ubat hanyalah sementara.


Langkah 3: Bersedia untuk penerbangan dengan betul

Ramai orang yang menghidap aerophobia mengalami ‘anxiety’ yang ketara sebelum penerbangan. Dalam beberapa ia boleh menjadi lebih buruk.

Dalam senario itu, mereka perlu bertanya kepada diri mereka sendiri apa yang mereka takutkan, dan apa yang mereka fikir akan berlaku dalam penerbangan.

Buat langkah ini dapat membantu anda menyedari bahawa tidak ada yang perlu ditakuti, atau sekurang-kurangnya untuk mengenal pasti dan menangani sumber ketakutan tersebut.


Langkah 4: Buat terapi dengan pakar

Langkah terakhir ini mungkin berfungsi untuk seseorang yang mempunyai aerophobia yang teruk yang sememangnya memerlukan rawatan dari pakar.

Terapi pendedahan / Exposure therapy – adalah proses untuk menerima sumber ketakutan – sering digunakan untuk merawat fobia, tetapi sukar untuk mengatur bagi kebanyakan orang dengan aerophobia.

Rawatan untuk situasi ini semakin meningkat untuk membantu pesakit mengubah semula tanggapan ketakutan mereka, dan menambah bahawa simulator penerbangan realiti maya juga dapat membantu.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!