Lelaki Ini Bersihkan Sampah-Sarap Di Tempat Perkelahan );

Type to search

Backpackerz Insider

Lelaki Ini Bersihkan Sampah-Sarap Di Tempat Perkelahan

Avatar
Share

Aktiviti perkelahan atau perkhemahan memang antara aktiviti yang digemari sebahagian besar masyarakat tidak kira di Malaysia atau di luar.

Tetapi ramai yang seronok melakukan aktiviti perkhemahan sehingga lupa mereka telah membuat kerosakan pada alam.

Sampah-sarap yang berlonggokan telah menyebabkan pencemaran air, udara dan kerosakan pokok-pokok di kawasan sekitar tersebut.

Kebanyakkan orang hanya memejam mata dan mengabaikan kebersihan tempat mereka melakukan aktiviti tersebut.

Tetapi tidak bagi seorang lelaki yang berusaha membersihkan segala kekotoran dan sampah sarap di beberapa kawasan berkelah.

Menurut Sheikh Abu Ubaidah, 27, beliau menyatakan bahawa usaha membersihkan segala kekotoran di kawasan perkelahan adalah kerana beliau ingin menghirup udara yang segar di kawasan tersebut.

Anak buah Sheikh Abu sedang membersihkan kawasan sungai

Beliau merasakan bahawa sampah-sampah di kawasan perkelahan hanya mencacatkan pemandangan dan membuat suasana di situ tidak berapa indah.

“Siapa lagi yang hendak bersihkan dan kutip sampah di situ kalau bukan kita sendiri. Nak tunggu orang lain buat pasti tidak ada siapa yang hendak hulurkan tangan mereka jadi kita sendiri kumpul sampah sendiri dan sampah yang depan mata,” tambahnya lagi.

Tindakannya itu mendapat perhatian ramai di dalam Kumpulan Facebok Family Camping Malaysia. Rata-rata menyokong tindakannya itu dan geram dengan perilaku sebahagian orang yang tidak mementingkan keersihan alam sekitar.

 

 

Sebelum proses pembersihan dilakukan

 

Selepas proses pembersihan dilakukan

Sheikh Abu tidaklah berada dimana-mana agensi atau persatuan sebaliknya beliau bersama isteri dan beberapa orang anak buahnya hanyalah sekadar pencinta alama sekitar.

Beliau juga sering mendidik anak-anak buahnya agar sentiasa menjaga kebersihan tempat tidak kira dimana mereka berada.

Longgokan sampah-sarap yang berjaya dikumpul

“Saya berpendapat bahawa isu pembuangan sampah ini memang akan sering terjadi tidak kira dimana-mana sahaja. Kita sebagai manusia perlulah sentiasa tanam dalam diri sendiri untuk membawa beg plastik sampah dan kutip semua sampah kita sendiri.”

“Ianya tidaklah lama, hanya dalam 5-7 minit sahaja dan tidaklah susah kerana ia sampah kita sendiri bukan orang lain,” katanya.

Beliau berharap bahawa lebih ramai lagi sedar akan perkara yang mereka lakukan itu boleh mencemarkan alam sekitar mereka. Siapa lagi yang hendak menjaga alam ini kalau bukan dari diri kita sendiri sebagai penduduk muka bumi. 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!