Lokasi Penggambaran Lord Of The Rings Dibuka Semula Kepada Peminat Selepas 11 Tahun - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider

Lokasi Penggambaran Lord Of The Rings Dibuka Semula Kepada Peminat Selepas 11 Tahun

Avatar
Share

Kini, untuk pertama kalinya dalam 11 tahun, pemandangan yang dipaparkan dalam adegan utama filem Lord of the Rings telah dibuka semula kepada umum untuk diterokai.

Pemandangan landskap, tasik, bukit dan lembah yang menakjubkan di New Zealand merupakan sesuatu yang menakjubkan bila di paparkan dalam televisyen atau filem seperti Lord of the Rings. Jumlah pelancong yang tinggi telah menjelajah ke sana bagi melihat keindahan dunia Middle-earth.

Terletak di Queenstown, Deer Park Heights pada mulanya dibuka pada tahun 1966 dan menjadi tarikan yang sangat popular, di mana pengunjung boleh menikmati pengalaman safari dengan memandu sendiri di ladang seluas 800 hektar yang menawarkan beberapa pemandangan terbaik di New Zealand.

Dengan sistem tempahan dalam talian yang baru dibina, ini menyediakan kod akses untuk hari tertentu bagi pengunjung untuk memulakan perjalanan bagi melihat pemandangan dan mengambil bahagian dalam aktiviti safari di mana ladang tersebut merancang untuk dibuka sehingga tujuh hari seminggu pada waktu siang.

Lord of the ring

Pemilik, Mike Mee, ingin menjadikan kawasan pengambaran Lord of the Rings ini dapat diakses oleh pengunjung sekali lagi agar mereka dapat menghargai keindahannya yang unik disini. “Ini adalah lokasi yang luar biasa dan agak memalukan untuk tidak berkongsinya. Kami ingin mengalu-alukan pengunjung bagi mereka yang ingin menghabiskan masa di luar rumah dan bersama haiwan kami.

Untuk menjadikan lokasi ini lebih berorientasi keluarga, kami membataskan akses kepada kenderaan dengan tujuh tempat duduk, tidak termasuk bas, minivan, dan kenderaan komersial. Tidak ada akses untuk para pejalan kaki atau penunggang basikal dari pintu masuk kerana mereka selalu menakut-nakutkan haiwan, terutama rusa, ” kata Mike.

Sumber: unsplash

Tempahan kenderaan berharga $55 dan pra-tempahan mesti dibuat melalui laman web rasmi. Akses terhad pada hari yang ditempah dan pengunjung hanya boleh masuk sekali sahaja.

Sumber
Tags:
Avatar
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!