5 Makanan Eksotik Halal Di Malaysia Yang Korang Patut Cuba );

Type to search

Backpackerz Insider Makan-Makan

5 Makanan Eksotik Halal Di Malaysia Yang Korang Patut Cuba

Share
makanan eksotik

Malaysia mempunyai keunikkannya tersendiri dalam makanan kerana memiliki rakyat yang berbilang kaum, jadi tak peliklah jika terdapat pelbagai makanan di sini.

Tetapi, kalau cakap pasal makanan, semua orang pun suka makan tapi kalau cakap pasal makanan eksotik ataupun sejenis makanan rare, pelik dan jarang ditemui, rasa-rasa ramai tak yang berani nak makan?

Kalau korang jenis yang tak kisah dan berani nak cuba sesuatu yang baru, mungkin 5 makanan eksotik halal ini korang patut try~

1. Hinava (Kerabu Ikan Mentah)

Kerabu Ikan Mentah atau lebih dikenali sebagai Hinava.

Hinava adalah makanan tradisional terkenal kaum Kadazan Dusun di Sabah. Hinava merupakan salad dengan kepingan ikan mentah yang diperap dengan jus limau. Ia dimakan sebagai hidangan lauk bersama sayur.

Biasanya ia merupakan makanan istimewa semasa Tadau Keaamatan. Terdapat variasi resipi untuk membuat hinava.

Ada yang di makan secara terus mentah (hirisan ikan) dan ada juga hirisan ikan yang dicelur kedalam air panas seketika.Itu semua mengikut cita rasa tersendiri. Rasa dia mesti menyegarkan betul tak? So, jangan ingat orang Jepun je pandai makan ikan mentah.

2. Kerabu Beronok

makanan eksotik
Kerabu Beronok yang popular di Langkawi.
makanan eksotik
Beronok yang seakan-akan fizikal gamat.

Beronok ini dari segi rupa fizikal dia nampak macam gamat tapi bukan tau. Beronok merupakan sejenis hidupan laut yang boleh didapati di pantai yang berselut.

Sebab tu, kalau nak cuba rasa korang kena pergi ke Pulau Langkawi, Kedah. Selalu beronok ni orang Langkawi suka buat kerabu dan dimakan bersama nasi.

Tapi ada juga yang suka makan mentah-mentah. Warna beronok ni kelabu atau merah jambu. Rasanya kenyal-kenyal seakan isi kulit kelapa dan sedikit masin. Sekali cuba, mesti korang takkan berhenti mengunyah punya!

3. Belalang Goreng

makanan eksotik
Belalang goreng yang terkenal di Kelantan.
makanan eksotik

Siapa dulu masa kecik-kecik suka tangkap belalang dekat kawasan lalang. Tapi, tak pernah terfikir pula sampai nak makan serangga itu.

Kalau di negara jiran, Thailand, belalang dah macam snek wajib dorang tapi kita di Kelantan pun sudah popular dengan menu belalang goreng ini. Ada juga yang tambah santan supaya ia jadi lebih enak dan lazat.

Siap ada yang buat juadah belalang goreng kunyit atau kari tau. Mesti tambah sedap kalau buat kudap-kudap sambil tengok citer P.Ramlee ‘Nujum Pak Belalang’ kan.

4. Rendang atau Stik Landak

makanan eksotik
Rendang Landak
makanan eksotik
Stik Landak.

Rendang memang sinonim sebagai makanan Hari Raya yang dimakan bersama ketupat dan lemang dan yang menjadi bahan utama untuk rendang adalah ayam dan daging.

Tak pernah terfikir pula yang rendang dimasak dengan daging landak. Sebenarnya, tekstur daging landak ni seperti ayam cuma isinya liat sedikit.

Kalau bab rasa pula, mestilah sedap dan unik. Cumanya, ia agak sukar untuk didapati di mana-mana.

Ada sesetengah tempat sahaja seperti di Sungai Besar dan Sekinchan, Selangor yang menyediakan lauk landak disebabkan harganya agak mahal. Selain rendang, daging landak juga boleh digoreng dan sedap kalau dibuat masak lemak.

Tapi ramai juga yang gemar buat stik landak. Lagi sedap katanya.

5. Tupai Masak Black Pepper

makanan eksotik
Tupai Masak Blackpepper

Tak sangka haiwan comel macam si tupai ni ada orang terfikir nak masak dengan ‘black pepper’. Rare sungguh, kan? Kalau korang pergi ke Gopeng, Perak, menu ini boleh korang cari dan rasa.

Bagi yang was-was, tupai boleh dimakan atau tak, jangan risau, ianya adalah halal menurut portal rasmi Mufti Wilayah Persekutuan tau. Jadi, boleh sahaja kalau korang nak makan.

Jadi, yang mana yang korang dah pernah cuba atau hendak cuba? Jom kongsikan di ruangan komen Backpackerz.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!