Pendakian di Gunung Kinabalu & Aktiviti Selam Skuba di Sabah Dibenar Beroperasi Semula Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider Pilihan Backpackerz

Pendakian di Gunung Kinabalu & Aktiviti Selam Skuba di Sabah Dibenar Beroperasi Semula

Share
Sabah
  • Terdapat 13 SOP diluluskan MKN bagi pengendali aktiviti selam skuba di Sabah.
  • Aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu mula beroperasi pada 7 Disember ini.
  • Sebelum ini, seorang pendaki dilaporkan positif COVID-19 di Gunung Kinabalu (baca di sini).

Sabah menawarkan destinasi kaya dengan tarikan pelancongan alam semula jadi serta gugusan pulau-pulau cantik yang menjadi tumpuan pelancong luar mahupun tempatan.

Sektor pelancongan di Negeri Di Bawah Bayu ini lumpuh gara-gara wabak COVID-19 yang memerlukan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara bersyarat atau diperketatkan.

Selepas hujan akan ada ada pelangi, begitu juga kehidupan. Selepas berdepan penderitaan pasti terselit kegembiraan.

Sabah

Pillars of Sabah

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, industri pelancongan di Sabah dijangka akan kembali bangkit dalam masa terdekat susulan beberapa pengumuman penting berkaitan pelancongan.

Antaranya Taman-Taman Sabah (TTS) bersedia untuk membenarkan semula aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu secara berperingkat kepada pengunjung tempatan mulai 7 Disemberi ini.

Namun, kapasiti pendaki yang dibenarkan buat masa ini adalah tidak melebihi 50 peratus daripada jumlah ditetapkan sebelum PKP dilaksanakan.

Sebelum ini, aktiviti pendakian dihentikan serta merta berikutan pelaksanaan PKPB pada awal Oktober lalu, seramai 100 pendaki sehari dibenarkan.

Memetik laporan Berita Harian, hampir 300 orang malim gunung berdaftar dengan Persatuan Malim Gunung Kinabalu. Malah sebahagian besarnya menjadikan aktiviti pendakian di gunung tertinggi Asia Tenggara itu sebagai sumber utama pendapatan.

Sabah
Puncak Gunung Kinabalu/FOTO -Siti Aminah Borhan

Pengumuman penutupan Gunung Kinabalu sejak Oktober lalu menyebabkan ramai malim sekitar Kundasang dan Ranau hilang punca rezeki. Ada diantara mereka terpaksa keluar menoreh getah atau bercucuk tanam kebun sayuran.

Kebenaran pembukaan semula aktiviti pendakian secara berperingkat dan kelulusan prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan Majlis Keselamatan Negara sedikit sebanyak mengukir senyuman kembali kepada malim gunung, porter, pendaki dan penduduk setempat.

Ucapan tanda syukur tidak terhenti di situ sahaja. Kerajaan Sabah menyambuk baik keputusan MKN yang memberikan greenlight untuk aktiviti menyelam (selam skuba) beroperasi semula. Ianya hanya membabitkan pelancong domestik terlebih dahulu berikutan pelaksanaan PKP.

Aktiviti menyelam boleh dijalankan dengan syarat bos yang membawa pelancong atau penyelam ke lokasi selaman tidak melebihi 30 peratus daripada muatan bos. Ia bagi memastikan ada penjarakan fizikal.

Sabah
Selam skuba di Pulau Sipadan

Selain itu, sesi pendaftaran penyelam mengikut peraturan yang ditetapkan, pengendali perlu mengadakan taklimat SOP pencegahan COVID-19 sebelum aktiviti serta keselamatan peralatan dan kelasi bot.

Jelas Jafry lagi, selepas ini kementeriannya akan membantu tour operators yang terjejas melibatkan sektor pelancongan akibat pandemik.

Nampaknya Kerajaan Sabah terus bergerak lebih agreasif dengan susunan beberapa langkah seterusnya yang mengambil kira keadaan semasa ekonomi.

Pendekatan ini dilihat membantu merancakkan semula segmen pelancongan, penginapan, operator serta pengendali pelancongan di Sabah. Syabas!

Sabah

Pengumuman kebenaran aktiviti pendakian dan selam skuba dijangka menarik minat pelancong domestik untuk bercuti ke Sabah dalam masa terdekat ini. 

Begitupun, anda sebagai frontlines terus patuhi SOP yang ditetapkan setiap masa mengikut aktiviti pelancongan yang dilakukan kerana kita masih belum menang menentang pandemik COVID-19. Kita tegur kita menang!

Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!