Muzium Di Singapura Ajak Wanita Sumbang Gambar Punggung Untuk Sebuah Projek );

Type to search

Backpackerz Insider

Muzium Di Singapura Ajak Wanita Sumbang Gambar Punggung Untuk Sebuah Projek

Share
Muzium singapura gambar punggung

Sebuah muzium di Singapura memanggil wanita tempatan untuk berkongsi gambar punggung mereka bagi satu pameran yang mengetengahkan persepsi jantina dan identiti nasional.

Projek yang dinamakan Project Online Singirl itu adalah usaha sama antara Singapore Art Museum (SAM) dan artis tempatan, Amanda Heng.

Menurut muzium berkenaan, projek tersebut bertujuan untuk menangkis imej “Singapore Girl” – sebuah imej ‘malu-malu’ yang sinonim dengan pramugari Singapore Airlines yang menjadi ikon negara itu dan standard bagi identiti wanita.

“Menjemput wanita dari pelbagai bentuk dan warna untuk menyertai Singirl Online Project,” menurut satu hantaran media sosial SAM.

Individu yang berminat untuk menyertai pameran itu boleh berbuat demikian dengan mengambil gambar di kios gambar Galeri Nasional Singapura.

Projek berkenaan merupakan sebahagian daripada pameran Wikicliki: Collecting Habits on an Earth Filled With Smarthphones yang dianjurkan SAM sehingga 11 Julai ini.

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!