Suami Isteri Ini 'Rare' Naik Moto Kapcai Dari Klang Travel Keliling Dunia );

Type to search

Backpackerz Insider

Suami Isteri Ini ‘Rare’ Naik Moto Kapcai Dari Klang Travel Keliling Dunia

Share
moto kapcai

Jauh berjalan, luas pemandangan. Pasangan suami isteri ini telah membuktikannya selepas mengelilingi dunia hanya dengan menaiki moto kapcai sahaja.

Menariknya kisah yang dikongsikan oleh Mohd Alfishahrin dan Diana Ann, mereka menggunakan motosikal Honda RS150R dan travel beribu-ribu kilometer bermula dari Klang.

Alfishahrin menggunakan laman sosial Facebook, Instagram dan mendapat sambutan selepas memuat naik video di TikTok @kapcaipackers dengan perkongsian kembara moto kapcai bersama isteri.

Rentas lebih 20 negara dalam masa 146 hari

Antara negara yang dilaluinya ialah Thailand, Myanmar, India, Nepal, Pakistan, Turki, Armenia, Georgia, Greece, Mentenegro, Croatia, Bosnia dan Herzegovina, Belanda, Belgium, Austria, Switzerland, Itali, Jerman, Perancis dan ke destinasi terakhir iaitu London, United Kingdom.

BACA JUGA: 7 Tip Persediaan Motosikal Bagi Perjalanan Jauh Untuk Lebih Selamat

Pada 2015, Alfishahrin pernah menunggang motosikal secara solo ke 1,000 Corner di Chiang Mai, Thailand dan ini diikuti dengan misi solo ke tujuh sempadan negara iaitu Thailand, Myanmar, Laos, China, Vietnam, Kemboja dan Singapura pada 2016.

Berdasarkan perkongsiannya, buat masa ini misi #RideToLondon merupakan pencapaian terbesar dalam hidup mereka selepas berhajat meraikan Hari Kebangsaan Malaysia di kota London dan berjaya sampai sana tepat pada tarikh 31 Ogos 2017 sempena Hari Kemerdekaan yang ke-60.

Selain itu, pada 2018 misinya adalah ke Piala Dunia di Rusia dan pada 2019 misi bantuan bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) ke Syria hanya menggunakan kapcai.

Mohd Alfishahrin yang merupakan seorang runner dari Klang berkata dia berhasrat untuk memulakan kembaranya pada tahun hadapan, sekiranya ada peluang dan kesempatan.

“Idea untuk menggunakan moto kapcai ni, pertamanya kerana ia menjimatkan kos. Saya juga nak membuktikan, walaupun guna moto kapcai, atau apa kenderaan sekali boleh sampai juga. Syaratnya, semangat dan mental kena kuat.

“Saya berimpian nak sambung menakluk Eropah sebab masih ada lagi negara yang belum sempat takluk dengan jalan darat,” kata Alfishahrin.

[Sumber: Mohd Alfishahrin]

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *