Newbie Travel Tips, Korang Wajib Tahu Benda Ni! );

Type to search

Backpackerz Feast Hiking & Outdoor Insider

Newbie Travel Tips, Korang Wajib Tahu Benda Ni!

Share
travel

Dah boleh travel luar negara! Walaupun tak semua negara buka sempadan, ada juga yang masih kurangkan ekonomi pelancongan antarabangsa, tapi sekurang-kurangnya kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan melancong bersendirian, korang boleh ikut tips ni.

Bila habis pusing seluruh Malaysia nanti, korang cuba pula pergi luar negara atau negara jiran untuk permulaan. Lihat negara luar dari segi perbezaan budaya, makanan, cuaca dan sejarah akan membuatkan korang lebih teruja, perasaan ingin tahu tu membuak-buak.

BACA JUGA: Ini 7 Tip Fotografi Bagi Penggemar DSLR Semasa Travel

Untuk korang yang pertama kali melancong ke luar negara, pastikan korang tahu perkara asas sebelum gerak. Jangan pergi tanpa persediaan dan ilmu yang cukup.

Niat Melancong

Buat apa-apa pun, niat mestilah kena betul dan baik termasuklah nak pergi melancong. Niat melancong untuk apa? Untuk belajar benda baru, menikmati keindahan Tuhan berikan atau saje nak menunjuk untuk feed Instagram?

Ish, jangan macam tu. Apa yang korang niat sebelum travel akan berbalik kepada diri korang. Kalau niat baik, baiklah korang dapat. In Sha Allah. So, betulkan niat dulu, baru boleh plan nak travel!

Solat Sunat

Sebelum memulakan perjalanan, lebih baik korang solat sunat musafir dulu. Keselamatan korang sangat penting lagi-lagi kepada mereka yang travel solo. Doa pada Allah supaya dilindungi, diberikan petunjuk dan mudahkan segala urusan sebelum, semasa dan pulang ke tempat asal korang.

Maklumat Tempat Yang Dituju

Mesti korang dah plan pergi negara mana, tempat yang ingin dituju terlebih dahulu dan tempat makan. Ini semua penting sebelum korang gerak.

Kalau boleh jangan main redah je, study dulu tempat-tempat yang korang nak pergi. Jangan sampai kena scam pula nanti. Pastikan sumber yang korang dapat tu, sahih dan boleh dipercayai.

Perancangan Yang Betul

Mulakan dengan tempat yang korang rasa penting dulu. Mana tempat yang korang teringin sangat nak pergi, plan awal-awal taklah kelam-kabut nanti.

Pastikan jadual korang diisi dengan aktiviti dan tempat-tempat yang menarik. Tapi kadang-kadang, kita dah plan baik-baik tapi tak ada rezeki nak sampai ke tempat tu, so korang standby plan B. Bersedialah dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

Yang penting jangan panik dan fikir secara waras, jangan menangis tak tentu pasal pula!

Ke Tempat Pelancong Selalu Pergi

Kalau korang pertama kali sampai ke negara tersebut, untuk permulaan, pergi dulu ke tempat typical pelancong pergi. Kalau korang bernasib baik, mungkin korang akan jumpa orang Malaysia dekat sana.

Tengok dulu tempat yang selalu ejen pelancongan bawa pelancong, lepas tu baru boleh pergi tempat rare. At least korang dah tahu suasana, keistimewaan tempat tersebut.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!