New Zealand Mahu Pelancong Datang Tanpa Pengaruh 'Social Influence'

Type to search

Backpackerz Insider

New Zealand Mahu Pelancong Datang Tanpa Pengaruh ‘Social Influence’

Share

New Zealand kini melancarkan kempen ‘Traveling under social influence’ yang menyarankan pelancong dan orang ramai berhenti mengambil gambar mengikut gaya pempengaruh media sosial di tempat-tempat menarik pelancongan.

pelancong

Kempen ini memaparkan video lucu yang dihasilkan bagi mendorong pelancong mengelak dari mengambil gambar mengikut trend yang sentiasa sama dan berkongsi aspek atau visual baru di negara ini.

Video berkenaan menampilkan pelawak Thomas Sainsbury, yang menggunakan sejumlah ‘Capers’ yang berpusat di tarikan media sosial klasik.

Kempen ini dijalankan oleh pihak Tourism New Zealand dimana mengambil adegan influencer klasik dan mengejek mereka secara lembut.

Tujuan kempen ini adalah untuk menunjukkan kepada pengunjung dan influencer bahawa terdapat banyak perkara luar biasa yang dapat dilakukan di New Zealand di luar batas media sosial. Ini juga boleh mendatangkan bahaya yang dialami oleh orang ramai ketika berusaha mendapatkan gambar sempurna untuk media sosial mereka untuk ‘Trend’.

Sebagai contoh, dalam kempen ini, Sainsbury menunjukkan bahaya orang yang cuba mengambil gambar “run-me-over” semasa berjalan di jalan raya yang sepi.

Sumber
Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!