Palace On Rail – Kereta Api Mewah Pelancongan Pertama Di Dunia Untuk Dimiliki );

Type to search

Backpackerz Insider

‘Palace On Rail’ – Kereta Api Mewah Pelancongan Pertama Di Dunia Untuk Dimiliki

Share

Pengangkutan kereta api sering dikaitkan dengan situasi sesak orang ramai dan ruang tempat duduk yang terhad oleh kerana terlampau ramai yang menaikinya.

Namun begitu, pernahkah anda terfikir apa akan jadi sekiranya sebuah kereta api itu boleh dimiliki oleh seorang individu?

Walaupun kedengaran agak melampau, namun ianya bukan lagi ‘mimpi di siang hari’ apabila terdapat sebuah kereta api mewah yang sedang dibina dan kini sedia untuk dibeli oleh sesiapa sahaja yang berminat.

on

Menurut perekanya, Thierry Gaugain, beliau merancang untuk membawa pengalaman perjalanan kereta api ke tahap dan konsep yang lebih tinggi.

Digambarkan sebagai ‘istana rel’ yang mewah, kereta api sepanjang 400 meter itu akan dibina daripada 14 buah kereta dan kaca yang sangat canggih dari segi teknologi.

Lebih menarik, tingkap ataupun cermin kereta api boleh berubah daripada gelap ke cerah mengikut kesesuaian cuaca.

on

“Anda dapat mengubah cahaya, musim atau irama mengikut kesesuaian waktu dan cuaca.

“Walaubagaimanapun, kereta api ini dirancang untuk hanya dimiliki oleh seorang pemilik tunggal sahaja.

“Pemilik yang kami inginkan adalah seseorang yang menghargai keunikan kereta api dan semestinya, mereka perlu memahami bahawa tujuan utama kereta api ini direka adalah atas faktor perjalanan, bukan pengangkutan,” katanya.

on

Selain itu, pelanggan juga boleh mengubah persekitaran dalaman atau luaran kereta api hanya dengan menekan satu butang sahaja.

Ia juga mempunyai sebuah taman di bahagian atas bagi membolehkan penumpang meneroka atmosfera yang berbeza pada setiap masa.

Kalau nak buat konsert ataupun pesta di sini pun boleh tau!

Antara keistimewaan lain yang boleh dimiliki adalah seperti bilik penginapan, ruang untuk tetamu khas, bilik sosial, dan juga dari Grand Salon yang direka khas untuk majlis resepsi.

on

Pendek kata, ianya ibarat sebuah rumah impian buat sesiapa sahaja yang gemarkan aktiviti melancong kerana anda tidak perlu lagi menyewa hotel selepas ini.

Buat golongan ‘kayangan’ di luar sana, kalau nak beli nanti jangan lupa roger penulis ye, boleh tumpang menginap!

 

Sumber: cnn

 

Baca: (Video) China Sky Train – Tarikan Terbaru Kereta Api Berupa ‘Panda’ Di Chengdu China
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!