Tak Perlu Ke Hatyai, Pasar Terapung Unik Ini Juga Ada di Kelantan );

Type to search

Backpackerz Insider Kampung

Tak Perlu Ke Hatyai, Pasar Terapung Unik Ini Juga Ada di Kelantan

Share
pasar terapung

Sejak varian Omicron mula melanda dunia, ramai rakyat Malaysia masih lagi ambil langkah berjaga-jaga untuk bercuti ke luar negara.

Orang ramai turut dinasihatkan untuk menyokong industri pelancongan dalam negeri sekaligus dapat menjana ekonomi negara.

Apa kata kali ini rancang percutian korang ke Negeri Cik Siti Wan Kembang. Banyak tempat menarik boleh dikunjungi antaranya adalah pasar terapung di Pulau Suri, Tumpat seperti dikongsi oleh Hayati Bekri.

Fuh sekali tengok dah macam dekat Haytai!

BACA JUGA: First Time Datang ke Kelantan? Singgah 5 Tempat Makan Best di Kota Bharu

Pelbagai makanan yang ada sini

Sebenarnya operasi pasar terapung unik ini telah dibuka sejak 2016 namun masih ramai yang tidak tahu mengenai tempat ini.

Untuk kesini, anda perlu naik bot atau sampan yang disediakan oleh pengusaha tempatan.

Jika dari jeti Kuala Besar, perjalanan menaiki bot atau sampan berenjin hanya memerlukan masa sekitar 15 minit manakala jika anda dari jeti Kok Majid, ianya memerlukan sekitar 40 minit.

Terdapat pelbagai makanan yang dijual disitu dan antara menarik adalah lokan bakar, makanan laut bergoreng, kuih muih tradisonal, lokching dan juga kerabu nipah.

Selain dari makanan yang dijual di atas sampan, ada juga gerai kecil yang menjual pelbagai barangan seperti kerepek, tudung, dan pelbagai buah tangan untuk dibawa pulang.

[Sumber: Hayati Bekri]

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!