Di Turki, Rakyat Tempatan 'Dikurung' Manakala Pelancong Asing Dibenarkan Bersiar-siar );

Type to search

Backpackerz Insider

Di Turki, Rakyat Tempatan ‘Dikurung’ Manakala Pelancong Asing Dibenarkan Bersiar-siar

Share
Turki

Pihak berkuasa Turki menetapkan bahawa pelancong luar negara yang tiba di negara itu dikecualikan dari perintah berkurung dalam usaha menghidupkan kembali industri pelancongan dan ekonomi negara itu.

Turki baru-baru ini menguatkuasakan perintah berkurung selama dua minggu setengah untuk menyekat penularan wabak berkenaan.

Pelancong asing yang tiba di negara itu harus menunjukkan bukti ujian negatif Covid-19.

Rakyat Turki meluahkan kemarahan mereka mengenai perkara tersebut di media sosial dengan gambar-gambar pelancong berpesta di pantai Mediterranian dan berkeliaran di luar manakala penduduk tempatan dikenakan denda kerana berada di luar rumah.

Seorang pemandu pelancong yang dikenali sebagai Kadir, 34, berkata ini adalah masa terbaik untuk pelancong melawat Turki kerana penduduk tempatan tidak dibenarkan keluar.

“Ini adalah cara yang sepatutnya. Pelancong telah melakukan pembayaran dan tempahan. Industri pelancongan adalah penting bagi Turki dan ekonomi harus terus berjalan.”

Pelancongan adalah sektor kedua terbesar di Turki setelah infrastruktur dan pihak berkuasa berharap dapat menarik 30 juta pelancong pada tahun ini.

Menurut Kadir, kebanyakan pelancong yang berada di Turki ketika ini berasal dari Ukraine, Rusia dan Amerika Latin, serta warga Pakistan Britain yang dalam perjalanan pulang dari Pakistan.

Sumber: Reuters

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!