Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sebagai Satu-Satunya Pelancong Yang Terperangkap Di Kenya Semasa COVID-19 );

Type to search

Backpackerz Insider

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sebagai Satu-Satunya Pelancong Yang Terperangkap Di Kenya Semasa COVID-19

Share

Penularan wabak COVID-19 sejak tahun lalu telah mengakibatkan banyak sektor pelancongan ditutup di seluruh dunia bagi membendung dari wabak berjangkit berkenaan.

Namun malang buat pemuda berasal dari England ini, apabila beliau dilaporkan terkandas di Kenya semasa sempadan negara berkenaan ditutup.

Merupakan seorang jurugambar, Felix Rome yang tiba di Kenya pada bulan Mac lalu pada asalnya merancang untuk berada di Rizab Nasional Masai Mara selama tiga bulan sebelum beralih ke tanah seterusnya.

kenya

Walaubagaimanapun, beliau terkandas apabila perjalanan di Kenya dan sekitar Afrika Selatan ditutup oleh kerana wabak yang semakin mengganas ketika itu.

Situasi ini secara tidak langsung memberi peluang padanya untuk memiliki kebebasan dalam menangkap gambar di bumi safari tanpa sebarang gangguan.

kenya

“Kekurangan pelancong telah menjadi faktor terbesar yang membolehkan saya mengelilingi kawasan sekitar sini sepanjang lima minggu, di mana saya langsung tidak dapat melihat kereta lain.

“Saya sering bangun seawal jam 5:30 pagi, dan keluar pada jam 6.00 sebelum matahari terbit dan kemudiannya memulakan aktiviti sekitar jam 09:00 atau 10:00 pagi. Selesai menangkap gambar, saya akan mengedit gambar dan menulis sedikit apa yang berlaku,” katanya.

kenya

Rome berkemampuan untuk menghabiskan masa selama lapan hingga sembilan jam sehari sendirian di hutan tanpa memiliki TV, internet dan penghawa dingin. Hanya kamera yang menjadi peneman beliau di saat itu.

Berikut merupakan antara gambar hidupan di hutan safari Kenya yang sempat beliau tangkap semasa terkandas di situ.

kenya

kenya

kenya

Ianya sememangnya satu perkongsian yang sangat menarik dikongsikan kerana siapa sangka di tengah-tengah wabak Covid sedang melanda dunia, terdapat seorang pemuda yang kekal tenang walaupun terperangkap di negara asing.

Selain daripada bertugas sebagai jurugambar, Felix juga turut aktif di saluran sosial media milikya dan segala hasil tangkapan beliau disimpan di platform berkenaan.

Sekiranya anda ingin tahu dengan lebih lanjut, boleh lihat di saluran Youtube dan laman web rasmi beliau.

 

[Sumber]: cnntravel

 

Baca: Wanita Berusia 70 Tahun Telah Melancong Ke 66 Buah Negara Dan Berhajat Masih Ingin Meneruskan Pengembaraan

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!